Bila apa yang kita fikir atau lakukan adalah sesuatu yang di luar kebiasaan, mereka kata kita pelik. Atau lebih teruk mereka kata kita salah, kita cuba menentang arus. Mereka mahu kita buat seperti apa yang biasa orang lain buat.
Mereka kata;
'mana ada orang yang macam kau'
'Kenapa kau tak macam orang lain?'
'Tak pernah-pernah orang buat macam tu'
Masalahnya aku bukan 'orang' itu. Aku adalah aku.
Akukah yang tidak normal, atau mereka yang pelik?
Kenapa mereka mahu kita menjadi sama seperti orang lain? Bukankah setiap orang itu memang berbeza-beza? Tidakkah setiap orang itu layak memilih jalannya sendiri?
Jangan cuba perbetulkan aku. Aku mungkin berbeza, aku mungkin melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Tapi tidak bermakna aku salah. Aku cuma mahu mencari jalan sendiri, mencari diri sendiri. Melakukan sesuatu dengan cara sendiri.
Untuk mendapat 4, tidak semestinya dengan hanya 2 + 2. 3 + 1,4+0,2x2, juga boleh kan?
JANGANLAH SEMPIT SANGAT WEI...ASYIK TENGOK YANG NEGATIF JA LAMA-LAMA HITAM PUTIHLAH HIDUP KAU...HAHAHA...
No comments:
Post a Comment
thanks for comments..hehe