Kadang-kadang bila ada orang meluahkan masalah pada aku, aku cuma dengar dan lebih memilih untuk diam. Hanya diam. Bukan aku tak ambil kisah atau buat tak endah, no, tidak. Tapi sebab aku faham bahawa berkata-kata tak sesusah merasa. Berkata-kata memang mudah, tapi lain rasanya bila kau sendiri yang menanggungnya.
Hati menangis siapalah yang tahu.
'Sabarlah'.
'Takpalah, memang macam tu'.
'Everything will be ok'.
Skrip yang serupa. Sudah dijangka. Kata-kata seperti itu sekadar manis di pendengaran, tapi tak sedikit pun mengubah apa yang aku rasa. Hakikatnya tetap sama, tetap juga aku merasa. Entah lah. Adakah aku mahukan pertolongan bukan hanya sekadar kata-kata penyedap hati? Hipokritlah kalau aku kata tidak.
Yes, i do wish for someone to take the burden off me. Atau pun bila bangun tidur tiba-tiba eh, masalah dah hilang. Kalaulah boleh. Tapi itulah. Semua orang pun sudah cukup dengan masalah sendiri, ini kan pula nak membantu menyelesaikan masalah orang lain.
Dan lagi, takkan pula aku nak mengharap pada orang lain setiap kali ditimpa masalah. Manusia memang takkan lari dari ditimpa masalah selagi masih ada nyawa. It's life, aku tahu. Cuma kadang-kadang aku berharap sangat, ada tempat untuk aku sandarkan bahu melepas lelah.
Aisshhh...
Ada ketikanya bila seseorang meluahkan perasaan atau masalah pada kau, cukuplah sekadar kau mendengar, berikan perhatian. Kadang-kadang kata-kata memang tak diperlukan. Lebih-lebih lagi kalau apa yang kau kata tu sekadar kata tanpa makna atau takde kena mengena langsung dengan apa yang dilaluinya.
Thank to Allah S.W.T kerna masih ada orang yang sangat memahami dan sanggup mendengar luahan aku tentang perkara yang sama untuk seminggu berturut-turut, tanpa jemu cuma menguap besar. "ALAMAK TAK STUDY LAGI" dia sentiasa mendengarnya biarpun berkali-kali ku ulangi ^_^
Entahlah. Aku tak tau nak describe perasaan ni. Everything is not right. Semuanya serba tak kena pada aku.
No comments:
Post a Comment
thanks for comments..hehe