Wednesday, 26 December 2012

ZULAIKA HADIR DI DALAM MIMPI



(izin kan aku membahasakan diri kamu sebagai korang dalam entry ini haha)
~~terasa seperti mau compose lagu dengan tajuk entry ni~~

Hai dreamers.. Whats up? Mimpi apa malam tadi? Seronok bersenggama? Basah ke kering? Actually, pagi tadi aku bermimpi bertemu dengan sidia yang ku tak berapa nak kenal.What? What? What? mesti nadi korang terhenti seketika di situ.. Kenapa aku boleh mimpikan si dia yang aku xkenal ? Nak kata pernah bersua pun tidak..cuma di alam muka buku..adakah ini cinta muka buku seperti yang di khabarkan si najwa latif?? 
oh dreamer..
Well, aku bet korang semua mesti pernah mengalami mimpikan? Tipulah kalau korang tak pernah mimpi.. Itu maksudnya otak korang mati.. Disebabkan kejadian pagi tadi, aku mula mencari fakta-fakta tentang tafsiran mimpi.. Entry hanyalah berdasarkan kajian aku sendiri jak.. Mungkin ada betul, mungin tidak..

Firstly aku nak bagi tahu, pehhliss(nampak disitu kebigaan aku?? haha) jangan terlalu percayakan mimpi! Korang mesti terpikirkan, adakah mimpi korang tu akan jadi realiti kan? Well, kebanyakkan mimpi tu hanyalah mainan tidur dan mainan syaitan.. Most of the people akan cakap macam tu..

Macam mana nak tahu mimpi tu mainan syaitan atau tidak? Erm, mungkin kita tak akan pernah tahu.. But kalau mengalami mimpi buruk itu dikira mainan syaitan.. Most of the mimpi-mimpi adalah mainan tidur dan mainan otak.. Kalau perempuan tu, kadang mimpi lari-lari tepi pantai dengan prince charming dorang lah kan? Kalau takda mimpi tak syok pulak tidur nanti kan.. Macam mana korang nak mimpi aku yang kacak ni nanti.. Hihi..actually x hensem..cuma comel gituwwww~~
its me..hihi
Kadang tu korang akan berasa sedih sangat dalam mimpi tu.. Tanpa korang sedari, air mata pon boleh meleleh masa tidur tahu.. Tapi macam mana nak tahu, dah korang tidur kan.. Mimpi sedih ni juga sebenarnya mainan syaitan atau mainan otak sendiri.. What mainan otak? Maksudnya, mcm nisebelum korang nak lelapkan mata tu, mulalah korang mula berfikir kononnya nak kahwin dengan prince charming korang lah, main geli-geli dengan anak sultan, makan suap-suap dengan putera katak atau berangan keluar dating dengan aku yang hensem ni.. Lepas tu senyum sorang-sorang atas katil kan? Kan? Kan? Oleh sebab tabiat korang yang macam tu lah yang akan sampai terbawa-bawa dalam tidur apa yang korang angankan.. Korang terlalu fikirkan sesuatu sehingga terbawa dalam tidur.. Yess! Itulah yang dimaksudkan mainan otak.. Bila tidur otak kita akan berada di dalam keadaan separa sedar dan tanpa disengajakan kita terbawa masuk apa yang kita fikirkan tadi..

Kalau korang mimpikan seseorang, dan tertanya-tanya apa maksud mimpi tu? Adakah dia jodoh aku? Well, berkemungkinan dia tu jodoh korang adalah sangat-sangat-sangat sedikit jika berkaitan ngn ni.. Most of the mimpi is nothing.. Bullshit! hahaha

Normally, korang mesti pernah mimpi sesuatu yang belum berlaku kan? Dalam erti kata lain bermimpi ala-ala deja vu ni.. Contoh korang berjumpa dengan seseorang dan rasa macam pernah jumpa ja sebelum ni.. Got it? Aku selalu alami benda tu.. Ianya dalam keadaan samar-samar jak ingatan tu.. Well, takda siapa yang boleh ingat mimpi 100%.. 50% pon susah.. Mungkin certain orang ja yang dapat anugerah dari Allah untuk mengingati semua mimpi..tapi sejujurnya aku slalun boleh ingat 100% haha..


Dan jangan lah korang buat sesuatu tu based on mimpi korang.. Suka talk nonsense lah itu lah ini lah, kononnya mimpi korang tu betol.. Atau korang pergi pukul jiran korang sebab curi emm2 yang korang sidai kat luar hilang sebab jiran korang yang ambil masa dalam mimpi.

Mimpi yang benar datang dari orang yang tidak pernah berbohong dalam hidupnya. Menurut Ibn Al-Qayyim semakin benar hidup seseorang itu semakin benar mimpi yang dialaminya..(boleh google erk)

Di atas adalah pendapat ulama tentang mimpi.. So? Korang nak kata yang korang tak pernah menipu lah? Oh tolonglah..haha

Mimpi ni terbahagi kepada beberapa, mimpi yang benar akan datang dari Malaikat, mimpi yang buruk adalah dari syaitan untuk merosakkan korang dan mimpi yang datang dari korang bila korang suka sangat dekat lelaki atau pompuan accent Korea, lantas bawa masuk dalam mimpi korang.. Euww!

Bila korang bermimpi tu jangan lah percaya sangat.. Even korang buat solat Istikharah pon, tak semestinya akan diberi dalam bentuk mimpi.. Kadang tu ianya hadir dalam perasaan kita..

Berbalik kepada gadis yang mimpi aku malam tadi, korang tahu dia mimpi apa? Dia mimpi keluar dating dengan aku.. What the what? ka sengaja nak ngorat aku? Hihi..dalam mimpi itu dia langsung tidak mengenali aku...atau mmg dia sudah lupakan aku..tapi fizikal dia terasa seperti reality..kami bersama seperti terasa didunia yang nyata..senyuman dia masih aku ingat sampai ke saat ini..biar aku bagitau erk nama dia sapa.. nama dia sangat cantik "ZULAIKHA" (aku dah mention pon kat entry title) ya..aku kenal ngn dia 5 tahun yang lalu..kami just berhubung di dalam FB..and we also pernah berjanji one day akan meet each other kalau ada rezeki insyaallah..atau itu hanya janji aku?? anyway..

apa khabar eka zulaikha tu skg erk?? dah kawin atau belum dia tu..aish..knpa ko x kenal aku dalam mimpi tu..at the end of dream ko berlalu mcm tu jak tanpa mengucapkan selamat tinggal pon ngn aku kan?? adakah ini bermakna ko akan datang dan hadir kembali dalam mimpi aku?? hopefully~~

p/s: eka zulaikha..kalau kamu terbaca post ni..and ingat saya lagi tolonglah comment kat sini..haha

Sunday, 23 December 2012

Attention pemilik blog ini tak makan pedas.

Perkara pertama orang tanya bila aku  bagitahu pada someone yang tak tahu, aku x berapa suka makan makanan pedas..mereka seperti terkejut beruk dan melemparkan persoalan yang sudah lali aku dengari

“Apa?Tak makan pedas?”. ~~Dengan mimik muka terkejut!~~
Dan soalan, rungutan, rengekan, bebelan, komenan, dan sebagainya juga turut diterima. 
‘'orang sabah mmg x suka makan pedas ke?’',
‘Susah la weh kawin dengan orang johor nanti, orang johor makan pedas tau!’,
‘Tak bestlah hidup tak makan pedas tau!’, 
‘Tak boleh la masak pedas-pedas kalau duduk ngan ko’, 
‘ko ni Melayu ke tak?’ 

dan ni yang paling baik sekali ‘

"Bagus la, lagipun makan pedas banyak-banyak pun tak elok".

Setiap kali aku nak state jugak, tak payah la risau sangat dengan taste aku. Kalau nak masak pedas or beli yang pedas, just go on. The most thing I hate when I became a burden. Masak lah sepedas mungkin, pandai-pandai lah aku nak hidup contohnya sediakan air satu baldi kat sebelah masa makan atau makan makanan lain. Jangan bimbang sangat pasal aku, bimbangkan selera sendiri kerana aku boleh hidup walau cuma makan nasi putih dengan ikan masin dan tompe. Tak ada hal langsung. Walaubagaimanapun, aku appreciate yang memikirkan untuk aku...

ok..peace no war!! haha

Saturday, 22 December 2012

STUDY WEEK SUDAH!!


PENGUMUMAN
~~CUTI STUDY WEEK~~
wow means seminggu lebih lagi final exam!!
I am nervous 
urm..aku paling nda suka rasa nervous dekat exam..
tp kalau aku xrasa nervous,lg pelik..haha nervous tu tetap kena ada..
tp kena controlled..
kala x,nanti nervous melampau sampai  nda boleh study and jadi haru..


berusaha la..
semangat ni mmg turrun naik ja..
itu normal..
tp yg penting tetap kena positif..
usaha,usaha dan terus usaha..
jgn rasa kalut sgt sampai asyik fikir xda masa ..
cuba hayati skit waktu yg berlalu..
mesti akan rasa rupanya 24jam tu panjang..
mcm2 kita boleh buat dlm 24jam..
jadi,xdala istilah xcukup masa..
bersyukurlah dengan apa yg ada..

jgn lupa berdoa jugak..tu paling penting..
Allah yg tentukan kejayaan kita..
tp kita kena ingt jgk..
Allah tidak akan mengubah nasib seseorg sehinggalah dia mengubah nasibnya sendiri..
percayalah pada janji Allah..

~~sesiapa yang terbaca entry ni tolong doakan kejayaan untuk exam saya dan sahabat erk~~

Friday, 21 December 2012

betul ke dokk??:: CIRI-CIRI CALON MENANTU PILIHAN!!!!




assalamualaikum..


~~peringatan: entry hari ni terselit sedikit bahasa semenanjung sesat~~


arini, memang kemalasan tahap dewa punya.. sangat malas..
so juz nak lepak2 n blogwalking jak dari pagi tadi..
(lebih bnyak membaca dari komen sbnarnya.)


huhuhu..


dalam bergurau2 senda tadi bersama si dia(bukan yg istimewa k).. tersebutlah tentang apa yang bakal mak metua nak dari seorang bakal menantu lelaki dia..


jom kita usha dari pandangan peribadi diri ni sendiri.. betul tak betul, nnti akak2 n abg2 yang sudah kawin tu tegur2 la k.:)


~~AKU INGIN MENJADI MENANTU LELAKI YANG DISAYANGI MAK MENTUA~~

1. YANG BOLEH MEMBUAT ANAK MEREKA BAHAGIA
- mana ada parent yang xnak anak dia bahagia kan.. selalunya parent yang baik mesti akan cakap, yang mana pilihan kamu, itulah pilihan kami.. tapi nak cakap gItu pun, jangan ingat diorg tak siasat dulu sapa pilihan anak diaorang tuh..kalau dah time2 becinta pun duduk nagis jak, inikan plak kalau kawin.. kang lagi teruk kang..ceit bersemenanjung jap.. so org macam nie mmg disenarai itamkan oleh parent dari awal2 lagi..
( dah ada yg kene senarai itam sekarang nie! hahha)

2. YANG BOLEH MEMIMPIN ANAK MEREKA
- standard r kan.. buat apa jadi lelaki kalo tak mampu memimpin.. membuat keputusan dlm rumah tangga..tak kan nak jadi lelaki yg mengikut telunjuk isteri
(ni mmg jenis isteri durhaka nih..) tapi kalau pmpuan dari awal pekenalan lagi memang jenis mendominasi mcm mana tu? tp apa2 pun, segalanya kehendak Allah.. mesti ada vice versa nya dalam sesuatu hubungan.. bru kekal..yedop??~~sekali lagi bersemenanjung
(garu kepala sendiri..) 

3. YANG RAJIN BERUSAHA
- mama ckp ngn adik pompuan aku kalau mau cari lelaki tak perlu yang kaya raya, cukuplah kalau dapat yang rajin berusaha.. sebab kalau yang rajin ni, kalau satu hari diduga dengan kemiskinan, dia tidak mudah berputus asa.. mental lebih kuat dari orang yang sudah biasa dengan kekayaan di sekelilingnya.. n tiada la macam bini pak jabit yang kene meniaga ikan time subuh sebab kaki laki dia kene gout.. hahaha..
(betul ka pak jabit? hentam jaklah..)


4. YANG TAK MUDAH GOYAH DENGAN DUGAAN DUNIAWI
lebih kurang la macam yg atas tu la.. kalau teruji tak mudah patah semagat ..disini bukan nak highlight yg tu saja, tapi sal dugaan duniawi yg berkaitan ngn perempuan2 n keseronokkan dunia ni.. mesti parent xnak anak die ngan laki2 seperti ni haha..pantang ajak p wat jahat sikit.. terikuttt jak terus.. tak kan nak yang macam tu jadi menantu.. bila jadi org yang dah matang kena la matang dalam tindakkan jugak.. jgn ikut nafsu n emosi yang melampau2..

5. YANG PANDAI MENGHORMATI MEREKA DAN ORANG SEKELILING 
- kalo yang pandai berinteraksi, ini bonus la.. tapi kalau yang pendiam, mungkin susah sikit.. tapi bukan bermakna tak boleh.. sbb manusiakan berbeza.. tak semestinya kena pandai bercakap tu lebih senang nak curi ati bakal mentua, yang penting hormat diaorang n orang sekeliling (family yg lebih besar la tuh).. 
nak kawin ni bukan nak berdepan dengan perempuan tu saja tapi dengan family2 dia skali.. 

6. BONUS:: PANDAI BAWAK DIRI
- ni baru tambah.. hahaha.. kena la jadi manusia yang pandai membawa diri walau di mana sahaja diri tu berada.. mmg tak mungkin untuk semua menerima kita, tapi berusahalah n lakukan dengan iklas dalam apa jua yang kita lakukan.. Insyaallah, ia akan menyenangkan sesiapa saja yang memandang.. 
~~extra:: bakal mertua akan sayang!! ~~


wahhh.. pandai dah sekarang cakap sal hal2 menantu n mertua ni ha.. hahha..
ini sekadar pendapat tentang pekara ni jak.. yang belum berkawin tu suatu hari nanti akan bakal bergelar menantu juga..so kenala tahu ciri-ciri nantu idaman..kalau rasa btul..btul la tu kut..
kalau salah tuh, mmg otak tuan punya blog ni la penuh imaginasi.. hehhee..


lagi satu, orang yang nak berkahwin tu mesti la lagi kenal siapa pasangan die kan.. so yang pompuan pandai-pandai lah dlam membuat keputusan.. tgok2 la list ni.. kalau okey tu, cepat2 la bawak jmpa parent..
cepat sikit masjid nak siap..
heheheee
^_^

p/s:: mood nak berusha lebih gigih untuk masa depan yang cemerlang gemilang n terbilang bersama yang tersayang!

Tuesday, 18 December 2012

Kucing...






Sejujurnya, jika aku tgk gambar ni 1800 kali pun aku akan tersenyum sinis, gelak kecil, jika terpaksa aku akan gelak terbahak-bahak... Terima kasih kepada google yang bermurah hati share gambar ini... this pictures fucking cute mate!!! kan dah taip omputih...



Dah byk gambar kucing aku tgk... yg comel2... sampai dah tak larat nak tgk... cume yg ni jak telah berjaya menambat hati aku... skrip dia pun lawak lak tu... hurm... mmg hilang sekejap ar stress kalo tgk gambor ni... sekejap jak... betul kalo tgk gambor ni aku akan gelak warghhhhahahaha(kan dah gelak)...



Hakikatnya, aku ni suka tgk kucing... tapi aku tak suka pegang... tak suka angkat... memang anti gila ar... tapi kalo takat nak tgk tu aku suka... sebab kadang2 comel... dan boleh buat aku tersenyum secara tiba2...



Dulu mase kanak2 aku pernah cuba untuk suka kucing... ada jiran aku bela kucing... cantik bulunya... tebal dan berwarna kelabu... Sgt cantik... lalu aku pun berminat untuk pegang... tanpa belas kasihan aku tarik ekor beliau dengan kuat... serrr... mendapat cakar maut skali... berlinang air mata aku sekejap... nasib baik ada minyak gamat... ini antara faktor aku tak minat nak pegang kucing...



Satu lagi... jiran  umah nenek aku ni mmg suka gila ngan kucing... bilangan kucing dirumah telah melebihi dari bilangan ahli keluarga dirumah... cmna la dia bleh hidup dengan kucing yg byk ni??? tak paham aku... dan sejujurnya seumur hidup aku di kg nenek ini hanya sekali jak aku masuk umah dia... tu pun time raya masa kecik... cukuplah... aku tak sanggup... paham2 la... bau hancing tak ingat... pastu berbulu-bulu... belum lg kucing tu buat show lagi(gaduh)... aku nak telan kuih raya pun tak selesa ar...



Sayang sekali dah la umah tu ada gadis lawa... sangat lawa... tapi mak dia pandai... dari sekolah rendah mak die antar gadis tu pi blaja taekwondo... black belt tu... siap wakil daerah... risau betul mau ngorat... dan hakikatnya takda sapa pun kat kg aku tu yg cuba2 mengorat beliau... sebab tu masa kat kg aku ada blaja silat... mana tau  ada harapan nak ngorat... malang skali dia dah bf... sadis2... ermm... hanya 1 pesanan aku kepada gadis itu kalau2 dia ada baca blog aku ni... "Jika kau bercinta lagi... Cintalah sesungguhnya... keh3...



Macam dah menyimpang jauh cerita aku ni... ermm betul ar... ok... memang benar kucing ni adalah binatang kesayangan nabi... sebab tu aku tak anti kucing secara total... kadang tu aku bg gak kucing makan... ikhlas... tapi aku akan bengang kalo aku dah bagi makan kucing tu taknak.. die bau ja makanan tu pastu blah... memilih... ini antara sifat kurang ajar kucing yg aku benci...hari tu beli cucuk2 rm1... fishball lak tu... satu cucuk ade tiga ketul... aku bagi satu ketul... ia bau jak... takpa mungkin sebab ada sos cili... so aku bg lagi seketul amik yg kat belah bawak takde sos... pun sama dia taknak... bikin panas betul... baik aku makan jak... haha...



Itulah coretan serba sikit tentang aku dan kucing... walaubagaimanapun kucing tetap comel dan aku takkan pegang.kalau boleh.. itu pendirian aku... jangan sesekali cuba untuk meracuni aku untuk memegang kucing... padah jawapnya... haha... sekian dari aku yang bosan... :)

MALAM INI...

Ok sudah malam sebenarnya... Masih lagi... Aku masih dalam proses untuk memperbetulkan hidup aku yang tak berapa nak betul sekarang ni... Sejujurnya terima kasih kepada mereka yang sudi membantu aku didalam proses kehidupan ini... Sungguh aku hargai akan kehadiran kalian... Apapun aku akan tetap cuba dan terus mencuba untuk memperbaiki diri ini...

Semalam hujan mencurah-curah di bumi gambang ini..begitu juga pada ptg tadi. setiap malam merasa tidur yang sedingin ini... Alhamdullillah bumi universiti malaysia pahang ini tak pernah kena banjir... Jadi mereka2 disini dapat tidur lena yang amat sangat... Pada yang ditimpa musibah banjir ni janganlah sedih sangat... Ujian ni pasti ada hikmahnya... Insyaallah ganjarannya besar jika hadapinya dengan penuh kesabaran...amboi mcm x kena jak kan ayat aku kat perenggan ni..haha

Terus terang aku cakap sebenarnya aku nak sangat bergolek-golek dari puncak bukit sampai ke bawah bukit... memang best berseronok dengan alam semulajadi ni... biar hilang segala tekanan dalam kepala otak ni..otak yang di bebani tugasan dan test sebelum menempuh final exam amat menguji tahap kesabaran aku.. sememangnya aku ingin sangat bergolek... Tapi bukit tu kalau boleh yg bukan berpokok dan bergaung la... Biar bukit mcm iklan maxis tu... ala yang ramai meluncur tu... ala ada yang meluncur naik beskal, naik skateboard tu... ala... korang tengok la TB3 ... Memang Power kalau dapat buat begitu...
emm malam ni kena siapkan asaimen pastu study soil untuk test malam esok..rasanya mcm xle ja aku tempuhi minggu ni ngn sempurna..kekangan masa membuatkan aku lemah. lemah disebabkan kelaian ku pada masa lalu..moga-moga aku dapat tempuhi  lah semua ni dengan baik... AMIN..huhu

Tuesday, 6 November 2012

siapa anak sulung?

lama x update blog ni..kesian lak dia x terjenguk pon..alalala..anyway saya nak sharing something ni..just copy paste dari wall fb org..siapa dia anak sulung?? korg mesti ada character ni kan?? hihi saya tau lah sebab sy pon anak sulung ^_^

ANAK SULUNG NI~~~


1) ANAK MANJA EMAK ♥
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.

2) ANAK DEGIL
Anak pertama dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg betul. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

3) TAK PANDAI PUJUK
MJemang anak no 1 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.

4) BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban.

5) HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.

6) HATI
Anak no 1 ni juga nampak aje keras, tp hati dia lembut. Satu lagi perangai dia tak boleh ditegur.

7) BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tp kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

8) ARAHAN
Anak no 1 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

9) PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no 1 ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham je lah.

10) PAKAIAN
Nak semua up to date. Semua nak kemas.(TAPI YG NI XDA LAH DLM DIRI SAYA..HIHI)

Saturday, 1 September 2012

count the day...

OMG......without realized time is tracking the day.counted the day..1...2...3..5.. Yes, just 5 days only left for me to stay in my home. after that i need go back to UMP..need to continue my study..come back to my way of responsibility as a university student. no i am "mahasiswa" not a student anymore..hahahaha

just 4 semester only or maybe 5 if the result come out not really good..perhaps..hehe anyway..this time i need to change the method of study life..no more stressing in my mind..i want through all the difficulties with the smiling face,with the great level of attitude and confidently. i know..i am not a clever boy like the other person..so i need struggle and study smart to achieve the same level as them right??

wait for me!!!
university malaysia pahang

Thursday, 2 August 2012

JUST FEW DAYS ONLY

hehe mesti korag tertanya-tanya mengapa entry hari ni "just few days only" kan?? apa yang tinggal beberapa hari lagi tue?? haha mesti questionnaire bermain di atas kotak pemikiran korang .. sebenarnya just tinggal 8 hari lagi nak balik sabah... so memang x sabarlah nak tunggu detik-detik penerbangan untuk balik ketanah air tercinta....aisemen..cepat lah masa berlalu..oh angin sampaikan salam rinduku kenegeri di bawah bayu..

tapi before balik nanti nak beli hp baru dulu..maklumlah..1st time gaji mesti beli sesuatu yang boleh dibuat kenangan kan?? nak menunjuk sikit depan mama and papa.hahahasil duit sendiri 2..

setelah membaca banyak tentang komen2 yang berkaitan dengan hp ni...akhirnya..aku membuat keputusan untuk memiliki sebijik xperia x10..hehe..mesti korg tertanya-tanya..kenapa x beli samsung ja kan?? sebenarnya melalui survey yang saya buat..samsung galaxy s11 and s111 sahaja lah yang ok jika dibandingkan dengan samsung yang lain..tapi mahal sgt..kalau beli s11 xdalah duit mau enjoy balik sabah nanti..haha so sy buat keputusan untuk beli xperia x10...murah sekitar rm900 dah sekarang..dulu rm1300 hampir sama ngn s11..

tapi sony ni cepat turun harga..bukan sebab kualiti x ok..sebab pegeluarannya terlalu banyak setiap tahun..tapi tidak bermakna kualiti dia pun menurun setiap tahunkan??..sekarang ni zaman semakin maju..xperia mini pun dah boleh upgraded pi android 4.0..dah sama mcm hp beribu kan?? so kenapa perlu bajet yang mahal sedangkan kita boleh beli hp yang murah dan upgrade sendiri..ada banyak sgt tutorial kat youtube 2..belajarlah upgraded sendirikan..hehe

ni gambar untuk tontonan sahaja k..my bakal hp baru..hehe


besar sikit dari s11 ni..haha

Sunday, 10 June 2012


Apabila dua orang telah digariskan untuk dapat hidup bersama...

Apabila dua orang telah digariskan untuk dapat hidup bersama...
sebesar apapun beda diantara mereka...
sekuat apapun usaha mereka untuk menghindarkannya...
meski mereka tidak pernah komunikasi sebelumnya...
meski mereka sama sekali tidak pernah membayangkan sebelumnya bahkan tidak pernah saling bertegur sapa...

PASTI tetap saja mereka akan bersatu....
Seakan ada magnet yang menarik mereka...
akan ada hal yang datang untuk menyatukan mereka berdua akan ada suatu kejadian yang membuat mereka saling mendekat dan akhirnya bersatu...

Namun...
Apabila dua orang telah ditetapkan untuk tidak berjodoh...
maka...
Sebesar apapun usaha mereka untuk saling mendekat...a
Sekeras apapun upaya orang disekitar mereka untuk menyatukannya...
Sekuat apapun perasaan yang ada diantara mereka berdua...
Sebanyak apapun komunikasi diantara mereka sebelumnya...

PASTI akan ada hal yang membuat mereka akhirnya saling menjauh ,ada hal yang membuat mereka saling merasa tidak cocok, ada hal yang membuat mereka saling menyadari bahwa memang bukan dia yang terbaik ,ada kejadian yang menghalangi mereka untuk bersatu...bahkan kalau mereka diikat sekalipun pasti akan terlerai ikatan itu..

Namun...yang perlu kita ingat adalah...
Yakinlah dengan segala Ketentuan yg diberikan oleh Allah ,apa yg telah digariskan,yg telah ditulis oleh Allah dalam Kitab_Nya..
Adalah yg TERBAIK untuk kita kerana Dia lah yang Maha Tahu apa yang TERBAIK buat kita...sementara kita hanya mengetahui sedikit dan itupun hanya berdasarkan pada persangkaan kita...

Maka itu,
Jika kita tidak mendapatkan suatu hal yang kita inginkan...itu bukan berarti bahwa kita tidak pantas untuk mendapatkannya....namun justru bererti kita pantas mendapatkan yang lebih baik lagi...
meskipun saat ini...mata manusia kita tidak memahaminya...meskipun saat itu...perasaan kita memandangnya dengan sebelah mata...meskipun saat itu...otak kita melihatnya sebagai sesuatu yang buruk....

Tidak...jangan terburu-buru mengatakan bahwa engkau telah diberikan sesuatu yang buruk....bahwa engkau tidak pantas....karena kelak...engkau akan menyadarinya...bahwa apa yang telah hilang darimu....bahwa apa yang tidak engkau dapatkan....bukanlah yang terbaik untukmu...bukanlah yang pantas untukmu...bukanlah sesuatu yang baik untukmu....

Perbanyakkanlah bekalmu dan doamu...
Yakinlah.. Allah akan memilihkan yg Terbaik buatmu
dan menggantikan kehilangan itu dengan yang lebih baik lagi banding yg hilang menurut pilihan_Nya....
Aamiin.........Apabila dua orang telah digariskan untuk dapat hidup bersama...

maka...
sejauh apapun mereka...
sebanyak apapun rintangan yang menghalangi...

~just copy from someone, its nice~

Tuesday, 5 June 2012

^___^

kawan oh kawan..lama rasanya x mengupdatekan blog ini..rasa mcm uda sampai sedekad kan..haha amboi sedekad tu brapa bulan erk? pernah korang cuba menghitungnya? haha sedekad lah sangat..

this few months saya sangat2 busy...maybe disebabkan kekangan masa ini membuatkan jari jemariku lemah menari diatas keyboard lappy  ni..ya..tapi malam ni aku gagahi juga jemari ni untuk menyiapkan sedikit entri untuk renungan diri sendiri..

aku tertanya-tanya..disepanjang perjalanan hidup ini..adakah aku telah buat yang terbaik dalam setiap perjuangan yang aku lalui..ya memang ''aku" pada pandangan sesetengah manusia seorang yg berjaya buat masa ini "hehe buat masa ini"..upsr,pmr,spm,matrikulasi semua aku tempuhi dan harungi dengan jayanya hingga saat ini aku menjejekkan kaki ke menara gading "UNIVERSITI ORG KAMPUNG AKU BILANG"..haha

aku tidak tahu di mana penghujungnya perjuangan pada awalnya...tapi ku harus sedar..selagi mana manusia itu bernyawa..selagi itu mereka berdiri dalam sebuah perjuangan..perjuangan yang memang amat diperlukan dlm kehidupan seorang manusia..perjuangan dalam mencari keredaan ALLAH S.W.T..mencari kebahagiaan dunia akhirat..

haha mesti bila ada orang yang lebih mengenali aku tergelak bila baca entri " ceit dia ni berbicara tentang keredaan ALLAH S.W.T..tapi diri x cermin pun..layakkah kau berbicara tentang keredaan ALLAH S.W.T??.. sedangkan engkau sendiri pun slalu lalai dengan suruhanNYA.." aku mengakui kebenaran itu...tapi tidak mengapa..kerna aku pasti sama seperti kamu..ingin berubah..cuma masa nya belum tiba.
aku sedikit demi sedikit..
'"TENGAH MENCUBA"

YA ALLAH...AMPUNI DOSAKU..RAHMATI DAN BERKATILAH KEHIDUPAN DUNIA AKHIRATKU BEGITU JUGA DENGAN AHLI KELUARGA KU,SAHABAT ANDAIKU DAN JUGA PARA PENDIDIKKU..

~mohonku keredaanmu. ya ALLAH.

Monday, 7 May 2012

the avengers marvelous jo!!

The Avengers: Tengok movie ni lagi cool daripada join Bersih 3.0

Ikon adiwira/superheroes Marvel yang awesome! Pandai Marvels yang memperkenalkan ikon mereka satu persatu dalam filem berasingan dan digabungkan semula dalam filem ni. Bak kata Stacy, bergabung meletup!

Sinopsis Filem:
Nick Fury (Samuel L Jackson) yang merupakan pengarah agensi keamanan antarabangsa, S.H.I.E.L.D telah mengumpulkan semua superheroes yang hebat untuk satu misi penting. The Tesseract, sebuah sumber tenaga telah dirampas oleh Loki. Loki yang mana kalau korang tengok filem Thor, dah kena campak pi gaung oleh Thor rupanya adalah hidup lagi. Loki yang perasan sgt God mahu menakluki bumi, telah merancang untuk melancarkan perang. Tesseract dijadikan medium untuk membawa angkatan tenteranya, Chitauri untuk masuk ke bumi. Pada awalnya semua superheroes agak tidak yakin dengan misi ini dan masing-masing enggan bekerjasama. Sehinggalah satu insiden ni berlaku barulah mereka sentap dan terus fokus untuk menyelamatkan dunia. Eceh, nak tahu lebih lanjut apa lagi beli la tiket. Memang tak rugi langsung RM14 korang tu.

Review cerita ni

Duration filem ni adalah 2jam 30minit tapi tak terasa pun. Jalan cerita yang padat ditambah dengan aksi dan sound effect yang superb, tak teragak-agak nak bagi 4.9/5 stars! Filem ni lebih thrill daripada filem superheroes yang lain sebab dia gabungkan terus ramai-ramai dalam satu filem! Macam kalau tgk Spiderman ke Batman ke ada la jugak beberapa minit/jam yang korang akan bosan lantas menguap. Tapi filem ni takda langsung ok! Setiap mereka mempunyai karektor yang berbeza dan menarik.
Captain America sentiasa mementingkan plan dan sentiasa fokus. Beku sejak WW2, Captain America adalah sgt skema dengan uniform yang old fashion. Berbeza dengan Iron Man yang langsung tak serious dan ada sut besi yang cool. Thor ada tukul besi dan kuasa petir (well, kata God kan, mesti la tak logik sikit). Black Widow (Scarlett Johannson) selain hot, adalah sangat licik manakala Hawkeye sangat hebat dengan bow dia yag tak pernah habis arrow tu. Tapi rasanya favourite icon ialah Hulk. Sangat kuat tp rilek je. Dia smash si Loki tu mcm tengah buat roti canai ja ni haha.
Kalau dalam Battleship ada kapal perang yang hebat, filem ni pun ada gigantic ship yang hebat gila dan boleh jadi halimunan. Grafik dengan sound effects dia wow! . Antara filem wajib tonton. Yeahhh! Jom layan gambar2 bagi korang semangat mau g tgk.

The Avengers: Tengok movie ni lagi cool daripada join Bersih 3.0
The Avengers: Tengok movie ni lagi cool daripada join Bersih 3.0
The Avengers: Tengok movie ni lagi cool daripada join Bersih 3.0
The Avengers: Tengok movie ni lagi cool daripada join Bersih 3.0
The Avengers: Tengok movie ni lagi cool daripada join Bersih 3.0 















yang bestnya tonton cerita ni dengan burung merpati putih...haha

Sunday, 15 April 2012

sengal!!

Pagi-pagi uda buat kerja gila..adoiii...haha untuk pengetahuan anda entry ini di entrykan ketika kelas academic reort writing aku dijalan.. Sungguh sengal..Boleh lak time lecture mengajar aku g wat kerja kat blog.Member yang lain sedang menonton bola di youtube..

OH Tuhan..Sungguh tidak senonoh kami semua..haaha  tue lah lumrahnya seorg pelajar kan..haha sentiasa ingin mncuba sesuatu yg pelik tanpa disedari...
lecture suruh buat kerja lain..lain pula yg kita orang buat..bongek org semenanjung kata..
_entahlah betul atau tidak ayat pembayang aku tue_

actually group aku dah siap wat excel untuk report acedemic ni so rilekslah sikit..hehehe
sem ni rasanya kelas acedemic report writinglah yang paling best.Beruntung  dapat lecture mcm encik ahmad nasaruddin tue..dia rileks,cool flexible..hehe masuk class dia ja just duduk and dengar cerita dia..sampai class habis..haha lepas tue blah

entahlah kenapa ramai yg kata 1st week class acedemic ni uda
busy..busy-sebusynya
tergeliat lidah org yg membaca entry ni..haha
mungkin kerana mereka bukan dikalangan insan-insan yang beruntung kot..
hihi kalau lah semua class mcm ni kan best..oh
 JUBREY MUSREY.
.memang kaulah yang aling bahagia..hahaahaha

Itu cuma sekadar satu ucapan..

Satu ucapan itu. Kadang-kadang tak terluah di mulut. Mungkin sebab kita lupa. Atau mungkin sebab rasa tak perlu. Mungkin juga sebab kita fikir mereka faham. Faham-faham sendiri, macam tu. Walaupun hanya sekadar dua patah perkataan, tapi kadang-kadang mampu memberikan seribu satu rasa. 
Gembira.Terharu. Dihargai.

Boleh juga jadi kayu pengukur menunjukkan sifat dan perangai seseorang. Tahu menghargai atau tidak. Berbudi bahasa atau tidak. Sopan santun atau tidak. Tapi tak perlulah menjadi hipokrit untuk kau ucapkan tak mengira tempat dan masa.

Yang penting adalah penghargaan kepada mereka yang selama ini berdiri teguh di sisi.

Terima kasih mama papa, untuk segala yang dikorbankan.

Terima kasih adik-beradik, teman terajang berkongsi segala.

Terima kasih si dia, yang telah memberi rasa.

Terima kasih kawan-kawan, peneman suka duka.

~SELAMAT MALAM DUNIA~

Tuesday, 10 April 2012

Already Finish??

Fuh...pengakhirannya hanya sampai disitu...kali ini penceritaan berakhir dengan kepuasan,kegembiraan.Buat pertama kalinya ending drama yg gembira bagi aku peminat tegar drama korea.. This time i finished watching the flowers boy band. Cerita yang penuh pengajaran didunia hayalan semata-mata. Mana bisa didunia reality ini ada persahabatan yang sebegitu. Rela mengorbankan masa depan sendiri demi sahabat.Anda sanggup?? mungkin mulut mudah berkata  "Mengapa tidak??" tapi hakikatnya jauh melencong ke kepelusuk hati.KAN KAN??

tapi disini bukan drama korea yang ingin diceritakan.Hari ini ingin berkongsi sedikit cerita TEST. Ya itu yang ingin digambarkan di kotak pemikiran. I'M already finish for soil mechanics?? iya satu persoalan. Semalam haram tak dapat jawab beberapa soalan dan beberapa soalan itu menyumbangkan 20% out of 50%..haha banyakkan?? sebanyak kesilapan yang aku lakukan.But i deserve it, because for this subjek. i just take it sambil lewa.Anyway, its not finish already!! after this i will make sure do better than the others. FINAL Exam i will  make sure the question will be unable to play with me..FOR SURE...

Saturday, 7 April 2012

Berkata Tak Sesusah Merasa

Kadang-kadang bila ada orang meluahkan masalah pada aku, aku cuma dengar dan lebih memilih untuk diam. Hanya diam. Bukan aku tak ambil kisah atau buat tak endah, no, tidak. Tapi sebab aku faham bahawa berkata-kata tak sesusah merasa. Berkata-kata memang mudah, tapi lain rasanya bila kau sendiri yang menanggungnya.

Hati menangis siapalah yang tahu.

'Sabarlah'.
'Takpalah, memang macam tu'.
'Everything will be ok'.

Skrip yang serupa. Sudah dijangka. Kata-kata seperti itu sekadar manis di pendengaran, tapi tak sedikit pun mengubah apa yang aku rasa. Hakikatnya tetap sama, tetap juga aku merasa. Entah lah. Adakah aku mahukan pertolongan bukan hanya sekadar kata-kata penyedap hati? Hipokritlah kalau aku kata tidak.

Yes, i do wish for someone to take the burden off me. Atau pun bila bangun tidur tiba-tiba eh, masalah dah hilang. Kalaulah boleh. Tapi itulah. Semua orang pun sudah cukup dengan masalah sendiri, ini kan pula nak membantu menyelesaikan masalah orang lain. 

Dan lagi, takkan pula aku nak mengharap pada orang lain setiap kali ditimpa masalah. Manusia memang takkan lari dari ditimpa masalah selagi masih ada nyawa. It's life, aku tahu. Cuma kadang-kadang aku berharap sangat, ada tempat untuk aku sandarkan bahu melepas lelah.
Aisshhh...

Ada ketikanya bila seseorang meluahkan perasaan atau masalah pada kau, cukuplah sekadar kau mendengar, berikan perhatian. Kadang-kadang kata-kata memang tak diperlukan. Lebih-lebih lagi kalau apa yang kau kata tu sekadar kata tanpa makna atau takde kena mengena langsung dengan apa yang dilaluinya.

Thank to Allah S.W.T kerna masih ada orang yang sangat memahami dan sanggup mendengar luahan aku tentang perkara yang sama untuk seminggu berturut-turut, tanpa jemu cuma menguap besar. "ALAMAK TAK STUDY LAGI" dia sentiasa mendengarnya biarpun berkali-kali ku ulangi ^_^


Entahlah. Aku tak tau nak describe perasaan ni. Everything is not right. Semuanya serba tak kena pada aku.

Friday, 6 April 2012

Don't Try To Fix Me. I'm Not Broken.

Bila apa yang kita fikir atau lakukan adalah sesuatu yang di luar kebiasaan, mereka kata kita pelik. Atau lebih teruk mereka kata kita salah, kita cuba menentang arus. Mereka mahu kita buat seperti apa yang biasa orang lain buat.

Mereka kata;

'mana ada orang yang macam kau'
'Kenapa kau tak macam orang lain?'
'Tak pernah-pernah orang buat macam tu'

Masalahnya aku bukan 'orang' itu. Aku adalah aku.
Akukah yang tidak normal, atau mereka yang pelik?

Kenapa mereka mahu kita menjadi sama seperti orang lain? Bukankah setiap orang itu memang berbeza-beza? Tidakkah setiap orang itu layak memilih jalannya sendiri?
Jangan cuba perbetulkan aku. Aku mungkin berbeza, aku mungkin melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Tapi tidak bermakna aku salah. Aku cuma mahu mencari jalan sendiri, mencari diri sendiri. Melakukan sesuatu dengan cara sendiri.

Untuk mendapat 4, tidak semestinya dengan hanya 2 + 2. 3 + 1,4+0,2x2, juga boleh kan?

JANGANLAH SEMPIT SANGAT WEI...ASYIK TENGOK YANG NEGATIF JA LAMA-LAMA HITAM PUTIHLAH HIDUP KAU...HAHAHA...

Thursday, 5 April 2012

Orang Perempuan Memang Begitu

Orang perempuan memang akan sentiasa ada isu dengan rupa paras dan bentuk fizikal mereka. Jika tidak, takkan tercipta barang mekap, produk & pusat pelangsingan badan, contact lenses pelbagai warna & diameter, botox, pembedahan plastik dan bla bla bla.

Isu ini akan sentiasa membelenggu (betul ka ejaan aku ni) kehidupan seorang perempuan. Menakutkan. Untuk lelaki, kita harus faham dan redha, jika terpaksa mendengar segala keluh kesah mereka berkenaan hal ini.

Kalau kau tak mampu buat apa-apa untuk membantu, mendengar dengan penuh perhatian pun sudah cukup. Dan lagi, cuba faham perasaan mereka berhadapan dengan isu ini setiap masa. Itu sahaja.

Kadang-kadang, apa yang diperlukan oleh seorang perempuan hanyalah keyakinan. Keyakinan yang datangnya dari mulut orang yang disayangi. Kata-kata seperti, 'Jangan risau. Saya terima awak seadanya' dan sewaktu dengannya, adakalanya lebih bermakna dan mampu mengundang keyakinan dalam diri disertakan dengan sedikit kelegaan dalam hati.

Sebabnya, kalau nak harapkan mereka joging setiap hari secara konsisten dan non-stop mungkin mereka tak mampu, tak larat, tak sanggup dan sebenarnya lebih kepada malas. Itu lah sebabnya ayat penenang jiwa dari kita sebagai lelaki sangat diperlukan.

Jangan! Jangan sesekali cuba untuk memberi cadangan seperti 'Apa kata awak joging 10 round' atau 'Apa kata awak makan pil ni' atau 'Cuba diet sikit.Kontrol makan'. Baiklah kau diam saja. Walaupun kau berniat baik, tapi kata-kata seperti itu hanya membuatkan mereka merasa lebih rendah diri dan self-esteem yang semakin merudum. Nampak sangat yang kau pun rasa mereka gemuk, kan? hahaaha

Walaupun hakikatnya mereka tak gemuk atau tak sebulat mana, tapi bila mereka sendiri yang buat pengakuan begitu, maka kau harus dengar sajalah. Walaupun mungkin dalam hati kau rasa nak hempuk dan cakap mereka mengada-ngada, tapi itulah perasaan mereka yang sebenarnya terhadap diri mereka pada waktu itu.

Kan aku dah cakap, perempuan memang akan sentiasa ada isu dengan tubuh badan sendiri, walaupun orang lain kata 'Kau dah cukup kurus', atau 'Kau dah cukup cantik' atau 'Dah ok dah kau macam ni'.

Orang perempuan memang begitu. Orang lelaki juga memang begitu.

Oh.

Betapa tak adilnya pandangan masyarakat. Bila orang lelaki berperut buncit, 'Ini lah simbol seorang lelaki yang bahagia. Orang rumah pandai jaga.' Seronoknya kau dapat beri alasan macam tu sambil ketawa mengilai.


Tapi bila orang perempuan berperut buncit (bukan mengandung), 'Kau tak pandai jaga badan. Laki lari baru tau'. Oh seronok juga kau bermulut puaka, sambil mereka hanya mampu tersenyum pahit.

Aku fikir orang perempuan harus lebih terbuka untuk menerima diri sendiri, dalam apa jua keadaan pun. Keyakinan itu seharusnya datang dari dalam diri. Yang lain, cuma sebagai pemangkin. Tapi sebenarnya, itu lah yang paling sukar untuk dilakukan. Yakin pada diri sendiri.

Ah.
Nampaknya orang perempuan memang akan sentiasa ada isu dengan paras fizikal mereka. Mungkin membawa ke mati. HAHAHAHAHAHA
cc: wanita seluruh dunia

Engineer vs Doktor.. mane lagi penting



Assalamualaikum...

------------------------------------------------------------------------------------------
Kegagalan kali pertama bukanlah petanda berakhirnya usaha kita tetapi ia adalah langkah pertama ke arah usaha baru untuk kejayaan
-------------------------------------------------------------------------------------------

Tajuk aku hari nie bukan nak berdebat atau gaduh2 tentang siapa lagi hebat.. bukan jugak nak pro mana2 pihak... bagi yang belum tahu aku bagitau yang aku nie student engineering. aku study civil engineering. dulu waktu sekolah bila cikgu tanya nak jadi apa mesti aku jawab nak jadi scientist. waktu tu tak terlintas pun dalam kepala otak aku nak jadi engineer... masa sekolah dulu engineer digambarkan oleh penulis buku teks sebagai orang yang berdiri pakai safety helmet berlatar belakangkan bangunan yang tak siap...for me time tue bangunan yang tidak siap mengambarkan
 "NO FUTURE"

Dulu kat sekolah cikgu cakap nak jadi doktor nie susah.. belajar lama..sebab tue aku xnak ambik perubatan walaupun diberi peluang.aku lagi menjurus ke arah bidang kejuruteraan... tapi korang tau tak sbenarnya jadi engineer nie lagi susah... belajarnya kurang dua tahun dari perubatan tapi sangatah susah... dan bagi aku cabaran menjadi engineer nie jauh lebih besar dari doktor....dalam bidang perubatan semuanya berdasarkan fakta yang tersedia didalam buku hanya perlu menghafal dan memahaminya. tapi kejuruteraan sgt menyakitkan kepala otak..mereka perlu menghafal fakta, memahami teori ,semua penyelesaian masalah mesti bersebab..kenapa kamu dapat "zero"?? approve benda yg x masuk akal. dari satu formula yang simple diderive kan menjadi sungguh complicate..pendek kata dalam perubatan bila korg dpt menghafal dan memahi sesuatu yg ada di dalam buku..you sure will get A..but for engineering..you all hafal satu buku pun dan memahaminya belum pasti kamu boleh dapat A...tue lah menyakitkan hati..belajar satu malam setiap apa yg diajar didalam kuliah..buku 2 3 inci tebal..bila jawab soalan seinci pernggan pun x sampai tapi.."what the hell??"
haha binggung melanda diri..lain yg dipelajari lain yang keluar exam..no specified question for engineering.

dari segi kepentingan doktor dan engineering nie sama penting ja.. tapi bila disingkap.. disebabkann field engineering nie sangat luas maka mungkin engineering lagi penting...

contohnya..
dalam pementasan atau drama.. orang yang kita lihat adalah pelakon. pelakonlah yang hebat dan sebagainyer.. tapi kita lupa pelakon tu disokong oleh pekerja belakang tabir... kedua sektor nie sebenarnyer saling bergantungan.. teater tak wujud tanpa salah satu dari ini...

begitulah juga dengan engineering.. ia ibarat kerjaya belakang tabir bagi kerjaya lain... doktor moden tak boleh mendiagnosis pesakit dengan baik jika engineer tidak wujud... MRI, x-Ray, CT Scan, hear-lung machine dan macam2 lagi peralatan perubatan dibangunkan oleh engineer. dalam dunia serba moden nie cikgu sekolah pun bergantung pada engineer.. cikgu sekarang menggunakan laptop dengan projektor... juga dibangunkan oleh engineer.. malah bangunan sekolah itu sendiri memerlukan engineer untuk ia berdiri...

masa 1st time masuk kelas kat ump ni  pensyarah aku ada sebut perkatra yang sangat penting tentang kerjaya engineer membuatkan aku bangga dan gerun..

" when a doctor make a mistake in a surgery or treatment it will cost a person life.. but when an engineer make a mistake calculation it can kill thousand of people.." aku ni jenis yg suka wat mistake dlm calculation..adakah aku bakal jadi pembunuh jutaan nyawa?? ~takut

for example:

kalau civil engineer tersilap pengiraan dalam pembinaan bangunan, berkemungkinan bangunan tu runtuh dan menelan nyawa ramai manusia.
kalau mechanical engineer tersilap buat pengiraan berkemungkinan jumlah kemalangan jalanraya akan meningkat untuk satu jenis model kereta.. berapa banyak orang akan mati...
kalau elektrical engineer tersilap pengiraan dalam pembinaan pencawang kemungkinan kemalangan letupan boleh berlaku dan banyak nyawa melayang.
kalau chemical engineering buat silap dalam pengiraan kemungkinan sebuah kilang kimia akan meletup dan menelan puluhan ribu nyawa manusia

falsafah kejuruteraan pernah mengatakan :

"if a just merely unknowledgeable layman become violent or crazy it might not too harmfull to society but if intelligent and knowledgeable people become crazy and violent.. it can destroy the society. Knowledge is like a knife, u can use it to eat ur fruit happily with ur family or u can use it to killl ur family by stabbing them"

maka hargailah ilmu yang kita ada walaupun sedikit dan gunakanlah ke arah kebaikan... semoga Allah merahmati ilmu yang kita ada dan memberi kesejahteraan kepada diri kita... AMIN

buat student perubatan atau doktor aku bukan nak kondem korang.. ALLAH lebih mengetahui apa yang baik untuk aku... doktor kat sini sebagai simbolik kerjaya lain ja...jangan marah erk..doktor pun hebat apa...meghafal sampai botak. bukan kah itu sesuatu yang sukar??

apapun buat masa ni semua kerja sgt penting..even tukang sapu pun sgt penting...so jgnlah kita terlalu membandingkan kerja kita ngn org lain..berusaha mencapainya itu lagi penting...
^peace^

Wednesday, 4 April 2012

you frust erk...

_YANG X SUKA BACA ENTRY PANJANG-PANJANG MAAF ERK_
Makin hari makin cepat ja rasa masa berlalu. Tinggal kurang dari tiga bulan nak menuju ke final exam. Ya Allah.. Sungguh tak terasa masa berlalu dan aku masih di laluan kealpaan...

Macam mana agaknya kehidupan anda sepanjang tahun 2012 ni? setakat ini baik-baik saja la hendaknya. Ada yang melangsungkan perkahwinan x dalam tahun ni? Tahniah ya. Saya tumpang bahagia la.

Nak tahu something tak? Sebenarnya kan, saya pernah mengimpikan yang saya nak kahwin pada umur saya sekarang ni. 20 tahun. Tapi nampaknya, apa yang dirancang tak selari dengan ketentuan Allah.Awal gila mau kawin...hehe saja gurau sebenarnya. Nak copy cerita vanila cokelat..kawin awal.

Takpa lah. Sudah pasti ketentuan Allah ini lebih baik untuk saya.
 Cuma saya yang tak sedar. Hehehe..

Sedar tak sedar, sepanjang kehidupan kita ni, bermacam-macam pengalaman yang kita alami sebenarnya mematangkan kita. With or without our concern. Maksudnya, sesuatu yang pernah berlaku pada masa dulu mungkin beri kita kekuatan untuk menghadapi benda yang sama pada masa sekarang. Mungkin kalau dulu kita menangis menghadapi sesuatu perkara, tapi sekarang kita semakin tabah dan sabar menghadapinya.

Kekuatan tu takkan kita dapat kalau kita baru menghadapi kesusahan, penderitaan for the first time.

So, kalau tiba-tiba rasa sedih, rasa patah hati, senyumlah. Itu satu petanda Allah masih sayang pada kita. Tanda bahawa Allah masih 'nampak' kita. Allah masih menyayangi kita. 



* Hurmmmm.. *
Kebetulan, ada dua tiga orang kawan saya yang mengalami gejala patah hati sekarang ni. Saya tumpang bersimpati.

Kadang-kadang saya fikir, cinta ni sungguh misteri. Bila kita sayang seseorang sangat-sangat, orang tu pula mengkhianati kita. Dia yang tak menghargai kita. Kita jugak yang sedih.

Ada pulak yang cintakan seseorang, tapi takde kekuatan untuk meluahkan
~maybe merujuk kepada saya..haah.
 Akhirnya, diri sendiri merana. Even worse, kalau yang di sana juga sebenarnya menantikan kata-kata dari mulut kita yang takda kekuatan ni.Itupun kalau disana tue syok dengan kita juga..hihi. Masing-masing berdiam diri seribu bahasa. Lalu, kisahnya berakhir begitu saja.

Kadang-kadang, kita mencintai someone yang terlalu mudah mengalihkan cintanya pada seseorang yang lain. Seolah-olah cinta tu takda harganya pada dia. Kita jugak yang frust tertonggeng berguling-guling.

But, still, masih ada rasa sayang, masih wujud rasa cinta, masih hadir rasa rindu pada seseorang itu. Kenapa? Itu kah namanya cinta? Atau sekadar mainan perasaan?

Saya takda jawapan yang tepat untuk semua persoalan ni. Sebab cinta itu sebenarnya masih menjadi misteri pada saya. 

Tapi, saya percaya pada jodoh. No matter how big the world is, if we are meant to be together, love (yakni jodoh) will lead us together. InsyaAllah.. Have faith in Allah. 

Suka untuk saya ingatkan saudara saya sekalian
(dah mcm penceramah agama dah aku malam ni haha),
yang mengalami simptom frust, patah hati atau kecewa dengan cinta ni. Dont give up. Jangan pernah mengalah. Binalah kekuatan hati dari situasi patah hati sekarang ni. Percaya dengan janji Allah.


"Bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar." (Surah Ar-Ruum, Ayat : 60)
Dan suka jugak untuk saya ingatkan, pada diri saya sendiri, bahawa:


"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah, Ayat : 216)

Tak percaya dengan janji Allah? Nak percaya pada siapa lagi?  Maka, senyumlah. Semoga hari-hari anda dan saya juga akan semakin indah dengan tertanamnya sifat redha akan ketentuan Illahi dalam diri kita.

"sentiasalah berdoa,berusaha,tawakal dan redha..sesungguhnya ALLAH S.W.T bersama orang yang sabar"
^_____________________________________________________________________________^

Monday, 2 April 2012

wHere iS my DesTinY??

i'm counting the days right now..3 days is passed and just few days remaining  my part of  holiday..haha bajet ja  dont want back to my auntie's house di temerloh because mau study and siapkan semua eseimenlah kunun yg sedikit tue tapi still membukit.-bukit . For a few day i just wake at 10 am after that go to toilet for taking my shower and facing my lappy for the whole days...huhuhu

its seems like I have lost my destiny. 
Where is it my destiny?? 
where-where??(google translate) hehe..
I should find it right?? 
if i lost it for a few day its okay.
but  what will be happen  
if the destiny lost  for the whole of my life??.
owh i cant imagine it..
haha maybe i will be sampah masyarakat..
"USELESS" 

xda yg kena mengena pun ngn entry ni..saja mau upload pic audi ni..hehe

so, I hope after  wake at a morning tomorrow.
hopefully i  can see my destiny clearly
NOT
__ONLY HOPE___