.jpg)

Biasanya lepas abis exam, macam2 perasaan timbul tenggelam di benak fikiran seorg pelajar. So, aku harap perasaan yang aku tulis kat blog ni pun ada kaitan dengan korang yang ada exam. Hehe.. Tak lupa nak bagitau, yang perasaan dibawah ni yang utama sajala. Yang biasanya terpatri dan termateri. 

Perasaan pertama adalah resah dan gelisah. Perasaan ini wujud selagi result tak keluar dan biasanya hilang dalam 3hari-7hari pas exam. Setuju?? Sepanjang masa cuti, selagi terkenang kat exam, perasaan ni tetap menghantui. Apatah lagi kalo masa jawab agak hampeh macam paper survey and MOM.. Melainkan kita atasi dengan perasaan buat2 tak kesah.. Jadi, berdoa sajala untuk mendapat result yang memuaskan. 

Perasaan kedua pulak adalah lega.. dalam kata erti kata lain bermaksud senang hati. Ini biasanya muncul bagi mereka yang betul2 berhempas pulas study dan yang sewaktu dengannya lalu menjawab paper terakhir dengan kompidennya. Rasa boleh buat. Betul ke salah, belakang kira. Tambahan lagi penjara study dah abis.. Pasni bole la tengok korea sampai lebam mata kan DELIA KINCHUI?? haha, pasni bole la jugak pi karoake tiap2 hari, pasni bole la online sampai pagi.. Korang lega tak? Aku tak rasa lega lah…
Perasaan ketiga pulak adalah maintain….tiada perubahan. Abis exam, ada lagi projek lain. , LI , repeaters, cari duit pakai sem depan, bagi yang palapes n suksis 2..cam SUJEN dan FIFIEY masih ada bnyk aktiviti g nak buat..hehe.
Aku rasa banyak lagi perasaan yang berbaur yang aku tak sempat atau sengaja aku tak sempat tulis disini(sebab pasni nak tengok maharaja lawak) Rozaimi...razaimi..ruzaimie...FUCK RUL!! hahaha...
Harap korang pun dapat luahkan perasaan korang kat ruang komen dibawah. Sharing is caring kata orang2 internet. Korang tambahla perasaan yang aku lupa senaraikan sekali yeak. 

Apa pun, pesanan saya, masa cuti ni jaga kesihatan, ambil peluang cuti ni dengan sebaiknya, berdoa banyak2, manfaatkan ruang cuti ini dengan perkara yang berfaedah dan semoga berjayakepada korang yang mengambil apa2 peperiksaan semasa orang lain bercuti ni.
Salam kejayaan. 

BONUS: jangan jadi macam dibawah ni.. 


~oppaayie~
No comments:
Post a Comment
thanks for comments..hehe