Friday, 22 April 2011

Cinta...Cinta..Cinta...apa ertinya bagiku??

Penulisan ini tidak ada kena mengena langsung dengan Valentine's Day yang dicipta orang-orang bongox itu)


cinta, adalah sesuatu yang abstrak. Tidak dapat disentuh dengan tangan dan tidak dapat dirasai kewujudannya oleh pancaindera yang lima. Tetapi cinta adalah seni halus yang bermain di jiwa, bercorak pada mata hati, berbuai-buai dengan buaian mesra dan kasih sayang. Cukup asyik.

Dalam konteks cinta manusia, selalunya berkaitan rapat dengan perhubungan kekal atau perkahwinan. Tetapi bagaimana pula istilah cinta dengan selain dari manusia? Adakah ia sama sepertinya cinta manusia atau ia mempunyai skema yang tersendiri?

Istilah cinta monyet, beruk atau beruang selalunya mengiring manusia pada proses menempiaskan hawa nafsu. Perlu diketahui, bahawa ramai manusia buta tentang cinta, hawa nafsu dan perbezaan antara dua istilah ini. Manusia kerap kali mengonotasikan hati yang berdebar-debar bila berdekatan dengan orang yang disukai adalah cinta. Karut. Cinta bukanlah hati yang berdebar-debar. Cinta adalah ketenangan..kadangkala mengembirakan..kadang kala melukakan.


Cinta... cinta.... Sudah berapa galen air mata engkau keluarkan dari mata-mata manusia sejak Nabi Adam dilahirkan hingga sekarang disebabkan oleh cinta yang dusta. Berapa ramaikah hati dan perasaan wanita yang telah engkau pasrahkan bermula sejak manusia mengenal erti cinta? Lantaran hati wanita yang sensitif, engkau mudah memperkosa hati mereka hingga hilang mahkota cintanya pada seorang lelaki hingusan. Amat menghairankan.

Memang air mata adalah penawar dan kesudahan bagi episod cinta yang berakhir terlalu awal. Hawa nafsu, permainan lidah dan kebobrokan hati menjadi kunci beracun cinta yang durjana. Air mata selalu dikaitkan dengan wanita. Sebagai rakan karib, wanita sering ditemani air mata kesedihan setelah cintanya ditolak atau dipermainkan oleh lelaki. Apa kurangnya dengan lelaki. Hero kampung pun boleh menitiskan air mata kalau sekiranya penolakan cinta itu yang menjadi bahannya.

Cintailah makhluk lain. Kerana sesungguhnya sesiapa yang tidak menyintai, dia tidak akan dicintai. Rindu, gelisah dan nafsu adalah permainan cinta. Kalau anda sanggup berkorban untuk cinta, maka cinta akan menjadi sesuatu kuasa yang amat luar biasa dalam sejarah hidup anda. Ia adalah kuasa ultra. Cintailah Allah dan agamanya...

~~OPPAAYIE.COM~~

No comments:

Post a Comment

thanks for comments..hehe