Saturday, 7 May 2011

tidur lewat dan keburukannya

before melelapkan mate malam ni, tiba-tiba ada lak idea nak menaip entri pasal keburukan tidur lewat. mesti ramai yang dah biasa kan? ni memang suatu kebiasaan bagi umat manusia terutama pelajar. golongan ni selalu stay up sampai lewat pagi. kononnya nak study la, nak siapkan assignment la. tujuan utame tu dah bagus. tapi pernah tak terfikir akan keburukan yang bakal badan kita hadapi dan alami dengan tabi'i kita ni?


menurut kajian, badan kita akan memproses nyah-toxin dalam badan semasa kita tidur. berikut merupakan kronologi proses yang dialami oleh organ dalaman badan kita di malam hari:


Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
jadi, tak elok kalau kita tidur terlalu lewat kerana akan merencatkan proses semulajadi yang akan dilakukan oleh tubuh badan kita. tidur yang ideal bagi seorang manusia ialah 8 jam. maybe tu timing yang baik utk badan melakukan proses dengan sempurna. tapi bila berlebihan, akan efek kepada kesihatan. jadi, beringat la ye geng.

p/s: sekarang da melewati kol 4 a.m, time to sleep. nyte!! ~dush~
sumber artikel dari *SDKD*

1 comment:

  1. kalau tidur lewat sebab nak blogwalking takpe kan .. HAHA ! yerla tdur lewat memang ta elok pun . info yg menarik .. pasnie lepas isyak terus jer tidur . huhu ~

    ReplyDelete

thanks for comments..hehe