Sunday, 8 May 2011

Ibu...oH iBu..engkaulah Ratu HatiKu..

10 Mei, setiap tahun merupakan Hari Ibu Sedunia. Sehingga kini masihkan anda terus memeluk ibu anda dan menyatakan anda menyayanginya? Seadainya belum, lakukanlah dan perbuatan itu pasti akan memberikan cahaya dihatinya. Ibu, mama, bonda, mak atau apa-apa panggilan namaya, hatinya sentiasa dipenuhi kasih sayang yang mengalir tanpa putus pada anda semua. Selamat Hari Ibu.

Dedicate lagu Ibu, nyayian Allahyarham Tan.Sri P.Ramlee, kepada mak sy, Jubitah Binti Tinggoon dan juga kepada ibu-ibu di dunia:-


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu...

APA PANDANGAN KORG???


klik untuk elakkan rabun seperti superman...


assallamualaikum semua.... dan salam sejahtera....

sekarang korang tengok pic kat atas tuh bebaik! hehe... apa pendapat korang?

meh aq nak bagi pendapat aq..
. pendapat aq tentang pic nih ke arah pandangan positif...

tidak kira setara mana pun kita,
superhero ke, ape ke...
tetap yang Satu itu maha kuat...
berkuasa ke atas sekalian makhluk..
jadi jangan sombong...
jangan jadi samseng...
jangan suka melawan...
tidak kira pandainya kita hidup
cilok sana...
cilok sini....
tergelek sana...
tergolek sini...
kita tetap dibawah jagaan yang Satu...

dari sudut negatif lak? ade ke? yup... ade...

gambar ini juga boleh diintepretkan dengan menghina Islam... dengan apa? cuba usha pakaian2 superhero2 tuh... kan ketat mengetat? dari sudut nih, kita boleh lihat yang mana penutupan aurat yang tidak sempurna ketika bersolat...

kalau korang lihat dengan teliti gambar imam tuh... mata dia tidak kebawah.. tapi kehadapan... bermaksud imam sendiri tidak khusyuk... haa.. betul x? tapi makmum lak khusyuk (ntah lawak ke ape ke... tapi ini apa yang aq nampak..)

lagi... pasal negatif lagi.. hulk... korang kan tau... kalau hulk dah jadi hijau.. koyak rabak baju dia... seluar pun tinggal paras paha je... so? dah terbukak lagi aurat disitu...

amacam? kalau korang lak? pandangan korang? cenderung kemana? ke sebelah positif atau negatif?





kredit: ada orang tag aq kat facebook... aq jadi sand man!!! ade ke patut? erk? comment2 dorang lebih kurang sama dengan diatas... erk? aq tetambah sikit je...uh lala...


~oppaayie.blogspot.com~

Saturday, 7 May 2011

tidur lewat dan keburukannya

before melelapkan mate malam ni, tiba-tiba ada lak idea nak menaip entri pasal keburukan tidur lewat. mesti ramai yang dah biasa kan? ni memang suatu kebiasaan bagi umat manusia terutama pelajar. golongan ni selalu stay up sampai lewat pagi. kononnya nak study la, nak siapkan assignment la. tujuan utame tu dah bagus. tapi pernah tak terfikir akan keburukan yang bakal badan kita hadapi dan alami dengan tabi'i kita ni?


menurut kajian, badan kita akan memproses nyah-toxin dalam badan semasa kita tidur. berikut merupakan kronologi proses yang dialami oleh organ dalaman badan kita di malam hari:


Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
jadi, tak elok kalau kita tidur terlalu lewat kerana akan merencatkan proses semulajadi yang akan dilakukan oleh tubuh badan kita. tidur yang ideal bagi seorang manusia ialah 8 jam. maybe tu timing yang baik utk badan melakukan proses dengan sempurna. tapi bila berlebihan, akan efek kepada kesihatan. jadi, beringat la ye geng.

p/s: sekarang da melewati kol 4 a.m, time to sleep. nyte!! ~dush~
sumber artikel dari *SDKD*