Wednesday, 26 December 2012

ZULAIKA HADIR DI DALAM MIMPI



(izin kan aku membahasakan diri kamu sebagai korang dalam entry ini haha)
~~terasa seperti mau compose lagu dengan tajuk entry ni~~

Hai dreamers.. Whats up? Mimpi apa malam tadi? Seronok bersenggama? Basah ke kering? Actually, pagi tadi aku bermimpi bertemu dengan sidia yang ku tak berapa nak kenal.What? What? What? mesti nadi korang terhenti seketika di situ.. Kenapa aku boleh mimpikan si dia yang aku xkenal ? Nak kata pernah bersua pun tidak..cuma di alam muka buku..adakah ini cinta muka buku seperti yang di khabarkan si najwa latif?? 
oh dreamer..
Well, aku bet korang semua mesti pernah mengalami mimpikan? Tipulah kalau korang tak pernah mimpi.. Itu maksudnya otak korang mati.. Disebabkan kejadian pagi tadi, aku mula mencari fakta-fakta tentang tafsiran mimpi.. Entry hanyalah berdasarkan kajian aku sendiri jak.. Mungkin ada betul, mungin tidak..

Firstly aku nak bagi tahu, pehhliss(nampak disitu kebigaan aku?? haha) jangan terlalu percayakan mimpi! Korang mesti terpikirkan, adakah mimpi korang tu akan jadi realiti kan? Well, kebanyakkan mimpi tu hanyalah mainan tidur dan mainan syaitan.. Most of the people akan cakap macam tu..

Macam mana nak tahu mimpi tu mainan syaitan atau tidak? Erm, mungkin kita tak akan pernah tahu.. But kalau mengalami mimpi buruk itu dikira mainan syaitan.. Most of the mimpi-mimpi adalah mainan tidur dan mainan otak.. Kalau perempuan tu, kadang mimpi lari-lari tepi pantai dengan prince charming dorang lah kan? Kalau takda mimpi tak syok pulak tidur nanti kan.. Macam mana korang nak mimpi aku yang kacak ni nanti.. Hihi..actually x hensem..cuma comel gituwwww~~
its me..hihi
Kadang tu korang akan berasa sedih sangat dalam mimpi tu.. Tanpa korang sedari, air mata pon boleh meleleh masa tidur tahu.. Tapi macam mana nak tahu, dah korang tidur kan.. Mimpi sedih ni juga sebenarnya mainan syaitan atau mainan otak sendiri.. What mainan otak? Maksudnya, mcm nisebelum korang nak lelapkan mata tu, mulalah korang mula berfikir kononnya nak kahwin dengan prince charming korang lah, main geli-geli dengan anak sultan, makan suap-suap dengan putera katak atau berangan keluar dating dengan aku yang hensem ni.. Lepas tu senyum sorang-sorang atas katil kan? Kan? Kan? Oleh sebab tabiat korang yang macam tu lah yang akan sampai terbawa-bawa dalam tidur apa yang korang angankan.. Korang terlalu fikirkan sesuatu sehingga terbawa dalam tidur.. Yess! Itulah yang dimaksudkan mainan otak.. Bila tidur otak kita akan berada di dalam keadaan separa sedar dan tanpa disengajakan kita terbawa masuk apa yang kita fikirkan tadi..

Kalau korang mimpikan seseorang, dan tertanya-tanya apa maksud mimpi tu? Adakah dia jodoh aku? Well, berkemungkinan dia tu jodoh korang adalah sangat-sangat-sangat sedikit jika berkaitan ngn ni.. Most of the mimpi is nothing.. Bullshit! hahaha

Normally, korang mesti pernah mimpi sesuatu yang belum berlaku kan? Dalam erti kata lain bermimpi ala-ala deja vu ni.. Contoh korang berjumpa dengan seseorang dan rasa macam pernah jumpa ja sebelum ni.. Got it? Aku selalu alami benda tu.. Ianya dalam keadaan samar-samar jak ingatan tu.. Well, takda siapa yang boleh ingat mimpi 100%.. 50% pon susah.. Mungkin certain orang ja yang dapat anugerah dari Allah untuk mengingati semua mimpi..tapi sejujurnya aku slalun boleh ingat 100% haha..


Dan jangan lah korang buat sesuatu tu based on mimpi korang.. Suka talk nonsense lah itu lah ini lah, kononnya mimpi korang tu betol.. Atau korang pergi pukul jiran korang sebab curi emm2 yang korang sidai kat luar hilang sebab jiran korang yang ambil masa dalam mimpi.

Mimpi yang benar datang dari orang yang tidak pernah berbohong dalam hidupnya. Menurut Ibn Al-Qayyim semakin benar hidup seseorang itu semakin benar mimpi yang dialaminya..(boleh google erk)

Di atas adalah pendapat ulama tentang mimpi.. So? Korang nak kata yang korang tak pernah menipu lah? Oh tolonglah..haha

Mimpi ni terbahagi kepada beberapa, mimpi yang benar akan datang dari Malaikat, mimpi yang buruk adalah dari syaitan untuk merosakkan korang dan mimpi yang datang dari korang bila korang suka sangat dekat lelaki atau pompuan accent Korea, lantas bawa masuk dalam mimpi korang.. Euww!

Bila korang bermimpi tu jangan lah percaya sangat.. Even korang buat solat Istikharah pon, tak semestinya akan diberi dalam bentuk mimpi.. Kadang tu ianya hadir dalam perasaan kita..

Berbalik kepada gadis yang mimpi aku malam tadi, korang tahu dia mimpi apa? Dia mimpi keluar dating dengan aku.. What the what? ka sengaja nak ngorat aku? Hihi..dalam mimpi itu dia langsung tidak mengenali aku...atau mmg dia sudah lupakan aku..tapi fizikal dia terasa seperti reality..kami bersama seperti terasa didunia yang nyata..senyuman dia masih aku ingat sampai ke saat ini..biar aku bagitau erk nama dia sapa.. nama dia sangat cantik "ZULAIKHA" (aku dah mention pon kat entry title) ya..aku kenal ngn dia 5 tahun yang lalu..kami just berhubung di dalam FB..and we also pernah berjanji one day akan meet each other kalau ada rezeki insyaallah..atau itu hanya janji aku?? anyway..

apa khabar eka zulaikha tu skg erk?? dah kawin atau belum dia tu..aish..knpa ko x kenal aku dalam mimpi tu..at the end of dream ko berlalu mcm tu jak tanpa mengucapkan selamat tinggal pon ngn aku kan?? adakah ini bermakna ko akan datang dan hadir kembali dalam mimpi aku?? hopefully~~

p/s: eka zulaikha..kalau kamu terbaca post ni..and ingat saya lagi tolonglah comment kat sini..haha

Sunday, 23 December 2012

Attention pemilik blog ini tak makan pedas.

Perkara pertama orang tanya bila aku  bagitahu pada someone yang tak tahu, aku x berapa suka makan makanan pedas..mereka seperti terkejut beruk dan melemparkan persoalan yang sudah lali aku dengari

“Apa?Tak makan pedas?”. ~~Dengan mimik muka terkejut!~~
Dan soalan, rungutan, rengekan, bebelan, komenan, dan sebagainya juga turut diterima. 
‘'orang sabah mmg x suka makan pedas ke?’',
‘Susah la weh kawin dengan orang johor nanti, orang johor makan pedas tau!’,
‘Tak bestlah hidup tak makan pedas tau!’, 
‘Tak boleh la masak pedas-pedas kalau duduk ngan ko’, 
‘ko ni Melayu ke tak?’ 

dan ni yang paling baik sekali ‘

"Bagus la, lagipun makan pedas banyak-banyak pun tak elok".

Setiap kali aku nak state jugak, tak payah la risau sangat dengan taste aku. Kalau nak masak pedas or beli yang pedas, just go on. The most thing I hate when I became a burden. Masak lah sepedas mungkin, pandai-pandai lah aku nak hidup contohnya sediakan air satu baldi kat sebelah masa makan atau makan makanan lain. Jangan bimbang sangat pasal aku, bimbangkan selera sendiri kerana aku boleh hidup walau cuma makan nasi putih dengan ikan masin dan tompe. Tak ada hal langsung. Walaubagaimanapun, aku appreciate yang memikirkan untuk aku...

ok..peace no war!! haha

Saturday, 22 December 2012

STUDY WEEK SUDAH!!


PENGUMUMAN
~~CUTI STUDY WEEK~~
wow means seminggu lebih lagi final exam!!
I am nervous 
urm..aku paling nda suka rasa nervous dekat exam..
tp kalau aku xrasa nervous,lg pelik..haha nervous tu tetap kena ada..
tp kena controlled..
kala x,nanti nervous melampau sampai  nda boleh study and jadi haru..


berusaha la..
semangat ni mmg turrun naik ja..
itu normal..
tp yg penting tetap kena positif..
usaha,usaha dan terus usaha..
jgn rasa kalut sgt sampai asyik fikir xda masa ..
cuba hayati skit waktu yg berlalu..
mesti akan rasa rupanya 24jam tu panjang..
mcm2 kita boleh buat dlm 24jam..
jadi,xdala istilah xcukup masa..
bersyukurlah dengan apa yg ada..

jgn lupa berdoa jugak..tu paling penting..
Allah yg tentukan kejayaan kita..
tp kita kena ingt jgk..
Allah tidak akan mengubah nasib seseorg sehinggalah dia mengubah nasibnya sendiri..
percayalah pada janji Allah..

~~sesiapa yang terbaca entry ni tolong doakan kejayaan untuk exam saya dan sahabat erk~~

Friday, 21 December 2012

betul ke dokk??:: CIRI-CIRI CALON MENANTU PILIHAN!!!!




assalamualaikum..


~~peringatan: entry hari ni terselit sedikit bahasa semenanjung sesat~~


arini, memang kemalasan tahap dewa punya.. sangat malas..
so juz nak lepak2 n blogwalking jak dari pagi tadi..
(lebih bnyak membaca dari komen sbnarnya.)


huhuhu..


dalam bergurau2 senda tadi bersama si dia(bukan yg istimewa k).. tersebutlah tentang apa yang bakal mak metua nak dari seorang bakal menantu lelaki dia..


jom kita usha dari pandangan peribadi diri ni sendiri.. betul tak betul, nnti akak2 n abg2 yang sudah kawin tu tegur2 la k.:)


~~AKU INGIN MENJADI MENANTU LELAKI YANG DISAYANGI MAK MENTUA~~

1. YANG BOLEH MEMBUAT ANAK MEREKA BAHAGIA
- mana ada parent yang xnak anak dia bahagia kan.. selalunya parent yang baik mesti akan cakap, yang mana pilihan kamu, itulah pilihan kami.. tapi nak cakap gItu pun, jangan ingat diorg tak siasat dulu sapa pilihan anak diaorang tuh..kalau dah time2 becinta pun duduk nagis jak, inikan plak kalau kawin.. kang lagi teruk kang..ceit bersemenanjung jap.. so org macam nie mmg disenarai itamkan oleh parent dari awal2 lagi..
( dah ada yg kene senarai itam sekarang nie! hahha)

2. YANG BOLEH MEMIMPIN ANAK MEREKA
- standard r kan.. buat apa jadi lelaki kalo tak mampu memimpin.. membuat keputusan dlm rumah tangga..tak kan nak jadi lelaki yg mengikut telunjuk isteri
(ni mmg jenis isteri durhaka nih..) tapi kalau pmpuan dari awal pekenalan lagi memang jenis mendominasi mcm mana tu? tp apa2 pun, segalanya kehendak Allah.. mesti ada vice versa nya dalam sesuatu hubungan.. bru kekal..yedop??~~sekali lagi bersemenanjung
(garu kepala sendiri..) 

3. YANG RAJIN BERUSAHA
- mama ckp ngn adik pompuan aku kalau mau cari lelaki tak perlu yang kaya raya, cukuplah kalau dapat yang rajin berusaha.. sebab kalau yang rajin ni, kalau satu hari diduga dengan kemiskinan, dia tidak mudah berputus asa.. mental lebih kuat dari orang yang sudah biasa dengan kekayaan di sekelilingnya.. n tiada la macam bini pak jabit yang kene meniaga ikan time subuh sebab kaki laki dia kene gout.. hahaha..
(betul ka pak jabit? hentam jaklah..)


4. YANG TAK MUDAH GOYAH DENGAN DUGAAN DUNIAWI
lebih kurang la macam yg atas tu la.. kalau teruji tak mudah patah semagat ..disini bukan nak highlight yg tu saja, tapi sal dugaan duniawi yg berkaitan ngn perempuan2 n keseronokkan dunia ni.. mesti parent xnak anak die ngan laki2 seperti ni haha..pantang ajak p wat jahat sikit.. terikuttt jak terus.. tak kan nak yang macam tu jadi menantu.. bila jadi org yang dah matang kena la matang dalam tindakkan jugak.. jgn ikut nafsu n emosi yang melampau2..

5. YANG PANDAI MENGHORMATI MEREKA DAN ORANG SEKELILING 
- kalo yang pandai berinteraksi, ini bonus la.. tapi kalau yang pendiam, mungkin susah sikit.. tapi bukan bermakna tak boleh.. sbb manusiakan berbeza.. tak semestinya kena pandai bercakap tu lebih senang nak curi ati bakal mentua, yang penting hormat diaorang n orang sekeliling (family yg lebih besar la tuh).. 
nak kawin ni bukan nak berdepan dengan perempuan tu saja tapi dengan family2 dia skali.. 

6. BONUS:: PANDAI BAWAK DIRI
- ni baru tambah.. hahaha.. kena la jadi manusia yang pandai membawa diri walau di mana sahaja diri tu berada.. mmg tak mungkin untuk semua menerima kita, tapi berusahalah n lakukan dengan iklas dalam apa jua yang kita lakukan.. Insyaallah, ia akan menyenangkan sesiapa saja yang memandang.. 
~~extra:: bakal mertua akan sayang!! ~~


wahhh.. pandai dah sekarang cakap sal hal2 menantu n mertua ni ha.. hahha..
ini sekadar pendapat tentang pekara ni jak.. yang belum berkawin tu suatu hari nanti akan bakal bergelar menantu juga..so kenala tahu ciri-ciri nantu idaman..kalau rasa btul..btul la tu kut..
kalau salah tuh, mmg otak tuan punya blog ni la penuh imaginasi.. hehhee..


lagi satu, orang yang nak berkahwin tu mesti la lagi kenal siapa pasangan die kan.. so yang pompuan pandai-pandai lah dlam membuat keputusan.. tgok2 la list ni.. kalau okey tu, cepat2 la bawak jmpa parent..
cepat sikit masjid nak siap..
heheheee
^_^

p/s:: mood nak berusha lebih gigih untuk masa depan yang cemerlang gemilang n terbilang bersama yang tersayang!

Tuesday, 18 December 2012

Kucing...






Sejujurnya, jika aku tgk gambar ni 1800 kali pun aku akan tersenyum sinis, gelak kecil, jika terpaksa aku akan gelak terbahak-bahak... Terima kasih kepada google yang bermurah hati share gambar ini... this pictures fucking cute mate!!! kan dah taip omputih...



Dah byk gambar kucing aku tgk... yg comel2... sampai dah tak larat nak tgk... cume yg ni jak telah berjaya menambat hati aku... skrip dia pun lawak lak tu... hurm... mmg hilang sekejap ar stress kalo tgk gambor ni... sekejap jak... betul kalo tgk gambor ni aku akan gelak warghhhhahahaha(kan dah gelak)...



Hakikatnya, aku ni suka tgk kucing... tapi aku tak suka pegang... tak suka angkat... memang anti gila ar... tapi kalo takat nak tgk tu aku suka... sebab kadang2 comel... dan boleh buat aku tersenyum secara tiba2...



Dulu mase kanak2 aku pernah cuba untuk suka kucing... ada jiran aku bela kucing... cantik bulunya... tebal dan berwarna kelabu... Sgt cantik... lalu aku pun berminat untuk pegang... tanpa belas kasihan aku tarik ekor beliau dengan kuat... serrr... mendapat cakar maut skali... berlinang air mata aku sekejap... nasib baik ada minyak gamat... ini antara faktor aku tak minat nak pegang kucing...



Satu lagi... jiran  umah nenek aku ni mmg suka gila ngan kucing... bilangan kucing dirumah telah melebihi dari bilangan ahli keluarga dirumah... cmna la dia bleh hidup dengan kucing yg byk ni??? tak paham aku... dan sejujurnya seumur hidup aku di kg nenek ini hanya sekali jak aku masuk umah dia... tu pun time raya masa kecik... cukuplah... aku tak sanggup... paham2 la... bau hancing tak ingat... pastu berbulu-bulu... belum lg kucing tu buat show lagi(gaduh)... aku nak telan kuih raya pun tak selesa ar...



Sayang sekali dah la umah tu ada gadis lawa... sangat lawa... tapi mak dia pandai... dari sekolah rendah mak die antar gadis tu pi blaja taekwondo... black belt tu... siap wakil daerah... risau betul mau ngorat... dan hakikatnya takda sapa pun kat kg aku tu yg cuba2 mengorat beliau... sebab tu masa kat kg aku ada blaja silat... mana tau  ada harapan nak ngorat... malang skali dia dah bf... sadis2... ermm... hanya 1 pesanan aku kepada gadis itu kalau2 dia ada baca blog aku ni... "Jika kau bercinta lagi... Cintalah sesungguhnya... keh3...



Macam dah menyimpang jauh cerita aku ni... ermm betul ar... ok... memang benar kucing ni adalah binatang kesayangan nabi... sebab tu aku tak anti kucing secara total... kadang tu aku bg gak kucing makan... ikhlas... tapi aku akan bengang kalo aku dah bagi makan kucing tu taknak.. die bau ja makanan tu pastu blah... memilih... ini antara sifat kurang ajar kucing yg aku benci...hari tu beli cucuk2 rm1... fishball lak tu... satu cucuk ade tiga ketul... aku bagi satu ketul... ia bau jak... takpa mungkin sebab ada sos cili... so aku bg lagi seketul amik yg kat belah bawak takde sos... pun sama dia taknak... bikin panas betul... baik aku makan jak... haha...



Itulah coretan serba sikit tentang aku dan kucing... walaubagaimanapun kucing tetap comel dan aku takkan pegang.kalau boleh.. itu pendirian aku... jangan sesekali cuba untuk meracuni aku untuk memegang kucing... padah jawapnya... haha... sekian dari aku yang bosan... :)

MALAM INI...

Ok sudah malam sebenarnya... Masih lagi... Aku masih dalam proses untuk memperbetulkan hidup aku yang tak berapa nak betul sekarang ni... Sejujurnya terima kasih kepada mereka yang sudi membantu aku didalam proses kehidupan ini... Sungguh aku hargai akan kehadiran kalian... Apapun aku akan tetap cuba dan terus mencuba untuk memperbaiki diri ini...

Semalam hujan mencurah-curah di bumi gambang ini..begitu juga pada ptg tadi. setiap malam merasa tidur yang sedingin ini... Alhamdullillah bumi universiti malaysia pahang ini tak pernah kena banjir... Jadi mereka2 disini dapat tidur lena yang amat sangat... Pada yang ditimpa musibah banjir ni janganlah sedih sangat... Ujian ni pasti ada hikmahnya... Insyaallah ganjarannya besar jika hadapinya dengan penuh kesabaran...amboi mcm x kena jak kan ayat aku kat perenggan ni..haha

Terus terang aku cakap sebenarnya aku nak sangat bergolek-golek dari puncak bukit sampai ke bawah bukit... memang best berseronok dengan alam semulajadi ni... biar hilang segala tekanan dalam kepala otak ni..otak yang di bebani tugasan dan test sebelum menempuh final exam amat menguji tahap kesabaran aku.. sememangnya aku ingin sangat bergolek... Tapi bukit tu kalau boleh yg bukan berpokok dan bergaung la... Biar bukit mcm iklan maxis tu... ala yang ramai meluncur tu... ala ada yang meluncur naik beskal, naik skateboard tu... ala... korang tengok la TB3 ... Memang Power kalau dapat buat begitu...
emm malam ni kena siapkan asaimen pastu study soil untuk test malam esok..rasanya mcm xle ja aku tempuhi minggu ni ngn sempurna..kekangan masa membuatkan aku lemah. lemah disebabkan kelaian ku pada masa lalu..moga-moga aku dapat tempuhi  lah semua ni dengan baik... AMIN..huhu