Monday, 7 May 2012

the avengers marvelous jo!!

The Avengers: Tengok movie ni lagi cool daripada join Bersih 3.0

Ikon adiwira/superheroes Marvel yang awesome! Pandai Marvels yang memperkenalkan ikon mereka satu persatu dalam filem berasingan dan digabungkan semula dalam filem ni. Bak kata Stacy, bergabung meletup!

Sinopsis Filem:
Nick Fury (Samuel L Jackson) yang merupakan pengarah agensi keamanan antarabangsa, S.H.I.E.L.D telah mengumpulkan semua superheroes yang hebat untuk satu misi penting. The Tesseract, sebuah sumber tenaga telah dirampas oleh Loki. Loki yang mana kalau korang tengok filem Thor, dah kena campak pi gaung oleh Thor rupanya adalah hidup lagi. Loki yang perasan sgt God mahu menakluki bumi, telah merancang untuk melancarkan perang. Tesseract dijadikan medium untuk membawa angkatan tenteranya, Chitauri untuk masuk ke bumi. Pada awalnya semua superheroes agak tidak yakin dengan misi ini dan masing-masing enggan bekerjasama. Sehinggalah satu insiden ni berlaku barulah mereka sentap dan terus fokus untuk menyelamatkan dunia. Eceh, nak tahu lebih lanjut apa lagi beli la tiket. Memang tak rugi langsung RM14 korang tu.

Review cerita ni

Duration filem ni adalah 2jam 30minit tapi tak terasa pun. Jalan cerita yang padat ditambah dengan aksi dan sound effect yang superb, tak teragak-agak nak bagi 4.9/5 stars! Filem ni lebih thrill daripada filem superheroes yang lain sebab dia gabungkan terus ramai-ramai dalam satu filem! Macam kalau tgk Spiderman ke Batman ke ada la jugak beberapa minit/jam yang korang akan bosan lantas menguap. Tapi filem ni takda langsung ok! Setiap mereka mempunyai karektor yang berbeza dan menarik.
Captain America sentiasa mementingkan plan dan sentiasa fokus. Beku sejak WW2, Captain America adalah sgt skema dengan uniform yang old fashion. Berbeza dengan Iron Man yang langsung tak serious dan ada sut besi yang cool. Thor ada tukul besi dan kuasa petir (well, kata God kan, mesti la tak logik sikit). Black Widow (Scarlett Johannson) selain hot, adalah sangat licik manakala Hawkeye sangat hebat dengan bow dia yag tak pernah habis arrow tu. Tapi rasanya favourite icon ialah Hulk. Sangat kuat tp rilek je. Dia smash si Loki tu mcm tengah buat roti canai ja ni haha.
Kalau dalam Battleship ada kapal perang yang hebat, filem ni pun ada gigantic ship yang hebat gila dan boleh jadi halimunan. Grafik dengan sound effects dia wow! . Antara filem wajib tonton. Yeahhh! Jom layan gambar2 bagi korang semangat mau g tgk.

The Avengers: Tengok movie ni lagi cool daripada join Bersih 3.0
The Avengers: Tengok movie ni lagi cool daripada join Bersih 3.0
The Avengers: Tengok movie ni lagi cool daripada join Bersih 3.0
The Avengers: Tengok movie ni lagi cool daripada join Bersih 3.0
The Avengers: Tengok movie ni lagi cool daripada join Bersih 3.0 















yang bestnya tonton cerita ni dengan burung merpati putih...haha