Thursday, 29 March 2012

please....

please never ignore someone 
who care for you
do everything for you
because someday you will realize
you've loss a diamond
while you were busy 
collecting a pieces  of  stone ..

i like this...from someone blog..



mungkin kau lulusan universiti ternama


tapi jangan juga kau pandang rendah pada ku..
kerana tempat bukan menjadi ukuran prestasi..
semuanya daripada inidividu itu sendiri..
benih yang baik,tercampak ke mana-mana pun menjadi..
jangan kau sangkalkan

"kun faya kun"

nothing

jam tepat menunjukkan 3.37 minit pagi..mata masih segar dan tidak mau terlelap..tetiba rasa seperti kehilangan sesuatu..apa dia?? itu aku sendiri pun xtau...hari ini bermulanya cuti midterm..aku tengah merancang perjalanan masa...utk apa cuti ini...tapi nampaknya..study je lah yg boleh aku lakukan...after cuti ade test mcm manalah nak enjoy..huhu selamat bercuti  erk my friends...

Tuesday, 27 March 2012

cinta pertama

Cinta Pertama ... pernahkah anda mengalaminya? Aku yakin, semua orang pernah ada kenangan terhadap cinta pertama. Apakah definisi cinta pertama kepada anda?

"ya" aku pernah mengalaminya..emm dulu lah time sekolah rendah..org kata itu cinta monyet..tapi bg aku ia sesuatu yg indah..siap buat biskut berintinkan nama si sidia..sangat kelakar..

sememang indah jika ada perasaan cinta itu menyelinap dan terus menyusup ke dalam kalbu. Memang sempurna hidup kita jika warna-warna cinta menghiasi  jiwa. Namun, tidak semua yang kita impikan, akan menjadi kenyataan. Kadang-kadang dalam keasyikkan menyimpul buih-buih cinta, tiada siapa menduga badai yang menjelma sehingga buih-buih itu berterbangan dan terus lenyap. Kadang-kadang, siapa yang menduga hujan juga mampu turun di tengah hari walaupun cuaca terang-benderan

bagi aku cinta pertama adalah laluan hati untuk kita merasai apa itu erti cinta yang sebenarnya. Laluan bagi jiwa untuk mengundang rasa rindu dan laluan bagi kalbu untuk menyimpul bunga-bunga bahagia. Namun, tidak semua cinta pertama akan berakhir hingga ke jinjang pelamin. Alangkah indahnya jika cinta pertama itu berjaya hingga ke jinjang pelamin. Alangkah beruntungnya mereka yang berjaya membawa cinta pertama sehingga ke jinjang pelamin. Namun, itulah hakikat kehidupan ... tidak semuanya indah-indah belaka.

Cinta Pertama juga tidak semestinya cinta sejati kepada seseorang insan itu. Mungkin cinta sejatinya berada pada insan lain namun jika kita tidak membuka pintu hati kita kepada insan itu, bagaimana cinta sejati yang kita dambakan akan hadir untuk menghuni diri kita. Aku akui, sememangnya tidak mudah untuk melupakan cinta pertama. Kadang-kadang, kita masih terkenangkannya walaupun cinta pertama itu sebenarnya amat menyakitkan hati. Kadang-kadang, cinta pertama tidak boleh dibanggakan kerana ia mampu merobek dan mencalar jiwa yang suci. Namun, kadang-kadang aku terfikir, kenapa harus wujudkan perasaan cinta itu di dalam diri sedangkan dia tidak tercipta untuk kita. Adakah untuk kita merasai apa ertinya rindu kemudian diberikan pula kita merasai apa ertinya kecewa. 3 in 1(mcm nescafe la pulak), itulah selayak-layaknya untuk aku mencampurkan kesemua perasaan ini jika cinta kita kecundang di pertengahan jalan.

Pernahkah anda terfikir, kenapa masih ramai yang membujang walaupun usia sudah menghampiri ke penghujung senja (Sama ada lelaki ataupun wanita). Jangan menuduh sembarangan tanpa asas yang kejap. Memilih ... harus memilih agar jiwa tidak tercalar namun yang penting, pernahkah anda sedar bahawa cinta pertamalah merupakan punca utamanya ramai yang memilih hidup membujang. Kadang-kadang, insan takut untuk mengundang cinta itu lagi untuk bertahkta di sanubarinya kerana takut kecewa menghiasai rumah jiwanya semula. Memang sukar untuk membentuk rumah jiwa jika kecewa sudah menghiasi di dalamnya. Kadang-kadang ia mengambil masa bertahun untuk mengubati parah yang hadir. Namun, sampai bila kita harus mengenang cinta pertama jika ia amat menyakitkan? Sampai bila kita hendak menutup pintu hati kepada mereka yang layak bertahkta di dalamnya? Sampai bila kita hendak dingin pada perasaan cinta sedangkan naluri kita amat memerlukannya untuk mengisi kekosongan di dalam jiwa. Sampai bila kita harus menyendiri jika kita tak pernah memberi peluang untuk mengundang cinta sejati? Kadang-kadang, cinta hati kita berada hampir dengan kita Cuma kita yang tidak perasaan kerana terlalu taksub dengan cinta pertama yang menyakitkan hati itu sehingga kita terlepas cinta sejati. Kita harus membuka mata untuk melihat cinta sejati kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari sekiranya cinta sejati itu juga terlepas daripada genggaman kita.

Apabila cerita korea, aku terfikir sendiri ... alangkah bahagianya mereka yang telah dipertemukan jodoh masing-masing walaupun banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi sedangkan hakikat kehidupan yang sebenarnya tidaklah semudah seperti perjalanan cerita di dalam drama. Oleh itu, anda harus bersyukur jika anda telah dipertemukan jodoh dan hargailah pasangan masing-masing kerana bagi sesetengah insan, tidak mudah untuk bertemu jodoh dan tidak mudah untuk menyerah hati untuk dimiliki.

Kesimpulan yang dapat aku simpulkan disini, kadang-kadang cinta pertama membuatkan seseorang itu hilang kepercayaan kepada lelaki/wanita sehingga keraguan sentiasa timbul di hati mereka untuk mengecapi bahagia. Kadang-kadang mereka sanggup membujang hingga ke akhir hayat gara-gara cinta pertama yang menyakitkan hati (yang ni memang bodoh haha). Walau apa pun situasi cinta yang anda alami, satu yang aku harap – hargailah cinta yang hadir kerana sekali ia pergi, susah untuk mengundangnya semula ...

Dan jika anda suka pada seseorang itu, luahkannya agar dia juga tidak terlepas ke dalam tangan orang lain. Kita harus mengambil risiko terluka jika kita cintakan seseorang itu kerana jika kita hanya memendamkannya, mungkin si dia yang menjadi dambaan hati juga akan berlalu pergi .... Alangkah ruginya selepas dia dimiliki baru kita tahu bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan kita, hanya kerana kita terlambat, dia menjadi bunga larangan di jambangan orang.

tapi apapun cinta kepada Allah swt Tue jugalah yg teragung dari mana-mana cinta yang ada.. ^_^

Monday, 26 March 2012

bergosip jarak jauh




Lebih kurang 9 pagi. Elok ja lepas gosok-gosok mata tiba-tiba telefon berdering. I do, I do, I do do do do do do. Ku halakan pandangan ke skrin telefon bimbitku. Tertera nama 'mama you''~means mama akulah..hihi. Ambil masa ni nak berdehem-dehem betulkan suara dulu sebab takut kantoi baru bangun tidur.


A:Hellooo....

M:Hello, may I speak to JUBREY MUSREY please..
(tergamam seketika ingatkan mama akubajet mat salleh  awal2 pagi)
adik aku rupanya..hihi

A:Yes, JUBREY here. Miss ita , jangan nak menggedik. haha
hahahaha terlepas ayat jangan "nak mengedik kat adik bongsu aku"~sory ITA..hihi






sunyi sepi kerana telefon telah beralih tangan






M:Hello

A: Hello maaamamaa !! (teruja)

M: Eih, bangun-bangun! Dah pukul berapa ni baru mau bangun anak mama ni TIADA KELAS KA??
~"soalan killer yg xmau aku jawab"~
(erk, penat je berdehem baiki suara tadi. Mak dapat detect jugak)

A:Maaaamama, ayie lapar. Sebab tu saja bangun lambat

M: Mama pun lapar jugak ni. Jom kita pergi sarapan jom?
~bajet mcm aku kat umah ja(tapi aku layan)

A: hahaha jom mama jom! Mama baru bangun jugak ka?

M: Eh ndala, mama bangun lama sudah. Tapi takde sape (mama try speak semenanjung..haha) nak buatkan mama sarapan. Mama lapar

A:Kesiannya mama

M:Mama suruh papa kau sponsor sarapan kat luar, tapi buat nda dengar ja. Kalau mama cakap jom, laju ja papa ko tu..

A: hahahaha Mintak la tolong papa masak nasi goreng k.

M: papa ko malas. Ni haa ada pula la orang mau jadi org putih breakfast buah-buahan pagi-pagi.

A:Siapa? bibi la tu kan?

M:hahaha Mama tak bagitau pun dah tau kan. Kesian anak-anak mama lapar. Eh, x balik ka cuti minggu ni?~macam tambang tiket 2 seringgit dua ja mama aku tanya..haha

A:Assignment banyak =.='


Blalalalalal~~~




Dah lama tak pillow talk dengan mak, memang banyak la cerita sensasi. Cerlassss kau ayie!!. Bukan setakat dengan kawan-kawan ja dapat bergosip. Dengan mama sendiri pun jadi. My mom is my bestfriend ever. Time tu la perasaan nak balik membuak-buak sebab rindu gila nak kumpul ramai-ramai dengan kazen-kazen makcik , pakcik adik beraddik...bergosip, berpolitik.


Serius banyak betul topik bergosip tadi. Antaranya;


kawan baru mama dari sandakan yang bajet ala-ala mak datin
Orang ceroboh masuk rumah dan benda tu hilang !!
bibi dapat laptop baru papa beli.
mimi dah mintak nak kawen.


Aduh, entry ni macam buat karangan masa SPM dulu pulak. Nanti kalau rajin, saya update cerita-cerita gosip kami. Tu pun kalau ada orang baca entry ni. kihkihkih..padahal secebis manusia pun tiada di sini..haha

untuk member aku carolyn ug dipermainkan...hihi

Ke kanan dan ke kiri cuba kau lari tetapi masih kau dihujani tohmahan dan caci.

Namun begitu kau harus tabahkan semangat, biarlah waktu yang merawat segalanya.

Tiada siapa antara kita di dunia ini untuk memilih jalan hidup yang derita...

Mungkin kamu sering dipersenda dan sering dikecewa oleh hati mereka yang tak punya rasa.

Ingin kamu mengecap bahagia pada kasih yang menjanjikan setia.

Namun belum sempat kau merasa mimpi yang dibina, hatimu  sudah berdarah semula kerana dustanya.


kesian ko delllow...hahaha 

HATI SAYA MILIK SIAPA???

Allah SWT memberi kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar
dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Allah SWT hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita?
Karana Allah SWT telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta..

Sunday, 25 March 2012

merpati putih pergi jauh dari ku!!

aish...apasal  skg ni asyik teringat kat sorg 2....please lah wei...pergi kau nyah dari kotak pemikiran aku!! banyak lagi aku nak stdy and save benda-benda penting dalam kepala otak aku ni...aku just minat kaulah bukan suka kau...faham?? yg kau berlegar-legar kat atas kepala aq ni kenapa?? apa masalah kau?? aq lastik ko nanti barulah kau tau erti sebillion penyesalan...

kau pugai (sejenis alat pengasih) aku kah wahai burung merpati putih?? setiap hari asyik nak stalker fb kau jak...fb izarah aishah pun aku minat juga..tapi aku xla slalu stalker fb dia seperti mana aku stalker facebook kau tue...apa yg ada kat dlm facebook kau tue yg buat jadi istimewa??  banyak persoalan yang berada di minda,banyak juga tanda tanya...memang betullah lagu si  najwa (bajet mcm kawan aku jak..haha)

aish.....ni dah masuk tahap critical ni...bukan setakat fb kau ja yg menghantui aku skg...senyuman kau,gelak tawa kau..muka cute kau wat time aku take picture semua ter "programming " dah dalam otak aku ni....with the advance coding programming system yg kau install kat memory kepala otak aku ni..dapatkah aku restore to default program semula?? 

emm merpati putih tolong aku please....jangan bermain di kotak pemikiran aku buat masa ni...aku ada test sabtu ni..nanti x fokus aku nak stdy..huhuhuhuhu


If the other person doesn't love you and want you anymore please let them go!

Doesn't matter how hard it is for you...for the seek of someone you love and care so much, let them be free and start a new life they want! Don't blame yourself and them as well as there is no point. If love dies that is it!

And you just start a new life, and look for a person who will love, want and need YOU! Please people be more wise and less selfish. This world is beautiful and large, there is enough love for everyone! 


If you must say yes, say it with an open heart. If you must say no, say it without fear.
 - Paulo Costello 

Saturday, 24 March 2012

Tips Untuk Wanita Yang Pertama Kali Melakukannya....


Sekali-sekala post sst menarik, best jugak.....jom baca tips dbawah ni...

1. Berbaringlah dengan tenang, meskipun Anda pasti akan merasa tegang dan gementar.

2. Dia akan mendekati diri Anda dan bertanyakan apakah Anda takut. Kalau dia bertanya demikian, gelengkanlah kepala Anda dengan penuh keberanian.

3. Lalu dia akan mulai memasukan "Perkakas"-nya. Mungkin suhu badan Anda akan meningkat. Tapi tenang saja, kerana dia akan melakukannya dengan perlahan.

4. Dia akan memandang mata Anda dalam- dalam, dan meminta Anda untuk percaya padanya. Jangan khuatir, dia sudah berpengalaman dalam hal ini.

5. Senyumnya yang menawan akan membuat Anda sedikit rilek, dan dia akan meminta Anda untuk membuka lebih lebar agar dia dapat masuk dengan mudah. Saat ini mungkin Anda akan memintanya agar melakukan apa yang ingin dia lakukan dengan cepat. Tapi dia tak mau terburu-buru. Dia tidak ingin Anda kesakitan.

6. Dia juga akan bertanyakan kalau- kalau Anda merasa sakit. Meskipun berlinang air mata, tetaplah gelengkan kepala Anda, dan meminta dia untuk meneruskannya. Pada saat ini mungkin Anda juga akan merasa sedikit mati rasa.

7. Setelah beberapa saat, Anda akan merasakan suatu kelegaan yang luar biasa, dan dia akan menarik "Perkakas"- nya keluar. Dia akan tersenyum hangat, dan memuji betapa hebatnya Anda...

8. Tersenyumlah sepuas-puasnya, Kerana bagaimanapun juga, ini adalah pengalaman pertama Anda yaitu.....


V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V
"CABUT GIGI"


* HAH!! INGAT BENDA LAIN LA TU!!

HAHAHAHAHAHA 

`~~~credit to ashira@blogspot.com~~

my powers shoot...masuk kedai!!

fuh penat!! baru balik dari kuantan...
my kamera got a problemlah..flash x hidup and banyak gambar blur..tau x apa sebabnya?? xtau...oppaayie pun xtau..haha...xpelah masih ada warranty lagikan..2 years bro...so xperlu risau sgtlah kalau rosak sekarang...kakak kat kedai canon 2 kata maybe 1 atau 2 minggu lagi dia kol suruh ambik yg baru..hihi...x sabar rasanya nak dpt semula camera 2...rasanya next sem nak jual camera 2..nak beli yg baru...bajet dlm rm700 gitulah...hehe ada cadangan x dari sesiapa?? tapi ...buat masa ni biar saya survey-survey dulu kat internet camera yg muah, bagus and berkualiti...

my power shoot A2200


tadi kat kuantan juga ada sell tapi syg duit tinggal sedikit so kena berjimatlah sebelum bank pama masukkan elaun bulanan..haha..tau x apa 2 bank pama??~~korg buat2 xtau je lah erk..hei..semestinya dunia ini perlukan wang...money!!! yes money!! ada org kata duit xpenting..tapi bg saya duit itu sgt penting dan sangat diperlukan..haha siapa sini yg x pentingkan duit??.naikkan kening korg sebelah kiri erk...haha..

Friday, 23 March 2012

SaYa SuKa StALker Fb sEekor buRung MeRpAti.....

emm entry kali ni kedengaran sangat annoying kan??
 it ok if u all think like that...haha

saya suka stalker fb sorg pompuan ni..bukan fb burung merpati sebenarnya dan bukannya stalker sebab jatuh hati kat dia erk..just suka stalker fb dia terutamanya pic-pic dia 2...nampak sgt comel walaupun dia x photogenic..seperti adanya keistimewaan disebalik picture2 dia ...he smile,laughing, or anthing he do on her face make it like diffent..mesti korg tertanya-tanya ni siapa lah gerangannya wanita 2 erk..comel sgt ke dia?? cantik sgt ke dia?? istimewa sgt ke dia?? soalan2 exam seperti ni mesti berlegar-legar di atas kotak pemikiran anda yg sempit kan?? haha
 ( macam lah otak aku x sempit)

oklah biar aku ngaku kat blog aku ni..dia memang comel, cantik(bolehlah) dan istemewanya 2 mmg ada...she is not like the other girl..totally diffrent..for the 2 semester or 3(if i am not mistaken) saya slalu stalker fb dia sampai kehari ini..but few weeks ago..entah mcm mna tiba2 pulak seperti tau2 ja hasrat hati aku nak tengok face dia termakbul..haha i am going to sunway with her!!! (ngan 2org g member aku) unbelievable !! 1st time tengok muka org yg slalu aku stalker kat fb di dunia realiti  sgt mendebarkan...debar-debar and berdebar jantung hati aku haha....tapi kucari sebuah keberanian disebalik sifat kebudak-budakan aku untuk berbicara normal dengannya..

the reality is more beautiful than fantasy 
(only for that momentlah).

berharap sgt satu hari nanti boleh g jalan-jalan dengan adanya kehadiran gurl ni...actly saya minat dia..tapi korg jangan salah faham pulak...minat x bermakna cinta erk...cinta ngn minat 2 jauh berbeza...tapi sapa tau kan jodoh kita...maybe dia jodoh aku,,,btl x??? haha buat pa mau fikir2 pasal benda ni..kalau dia untuk ku..semestinya untuk ku..kan??haha kalau dia bukan untukku..semestinya juga bukan untuk ku..jodoh x kemana juga selagi di cari....haha berbelit-belit ayat aku erk...

harap2 korg faham lah 
(bajet mcm bnyk je org nak baca haha)

untuk mu merpati 

wahai  merpati putih..ingin kamu bawah ku terbang jauh..

namun kamu terbang melayang entah kemana
aku mencari… dan terus mencari
namun tak ku dapat juga


hari itu kau sapu kesedihanku dengan senyuman…
hingga membuat hatiku tenang…
namun seketika kau ucapkan…
selamat tinggal padaku…
"bye"
membuat rasa ku jatuh tak berdaya…

tiba-tiba aku seperti listrik…
yang padam
terkenang saat di kedinginan itu
kau pegang tanganku
aku pegang tanganmu 
dan kau hapus tangisku



ku titip sebuah kalimat pada burung merpati
agar kau tahu betapa resah hatiku jika ku x stalker facebookmu


"sungguh sangat aku suka stalker fb mu"

~~hahahaha~~~


Kaki terseliuh..padah bermain futsal

adui..sakit!!
itu ja ayat yang mampu aku berikan sebagai gambaran untuk kalian...macam mana lah pula kaki aku boleh terkehel time berlari-lari anak....ada sapa-sapa yang tau apa sebabnya erk??lari-lari anak pastu terpeleot...haha nampak kelakar..

kelakar-kelakar juga tapi sakitnya ni bukan kelakar k..semalam rasa macam nak tendang kepala orang ja menahan kesakitan yg amat memeritkan...kembang kecup lebam kat kaki aku tue..pastu pg td g klinik boleh pulak doktor 2 g tarik sana sini kaki aku dengan penuh powernya..pastu tanya dengan muka x bersimpati..
 "sakit tak??" boleh pulak dia tanya aku rasa sakit tau x sedangkan aku uda menjerit-jerit dalam bilik dia 2..

nasib baik kaki aku x naik kat muka dia..haha
apapun thanks lah kat dortor 2 sebab dia check kaki aku and xda apa2 yg teruk mengikut kepakaran perubatannya..just urat lebam ja..nanti 2 3 hari baiklah 2 katanya...

untuk boy-boy diluar sana aku nasihatkan stretching dulu  sebelum bersukan erk supaya anggota tubuh badan anda tidak mudah terpeleot mcm aku..haha bersukan lah untuk masa depan anda!! 
(mcm dah keluar tajuk dah ni) 
hihi bye-bye

Thursday, 22 March 2012

TeNtAnG RaSa yG tiAda...

petang-petang macam ni tiba-tiba pulak nak post pasal cinta..hehe untuk yg sedang bercinta,atau xpernah bercinta and xnak bercinta...
emm tajuk entry ptg ni xtaulah suitable or not?? haha twink2..bedal je lah kata org keyell

Pentas cinta memang mendebarkan…  Ibarat memasuki pertandingan yang mungkin menjadi kejuaraan dan mungkin juga menjadi kekalahann… Perlu kan sokongan.. Perlu kan galakkan… Perlu ikhlas.. Dan yang paling penting ada lah kejujurann…

C.I.N.T.A….
Cintaaa…
semua orang boleh sebut cinta… 
S.A.Y.A.N.G.. 
Sayangg…
semua orang juga boleh sebut perkataan sayangg….

 Tapi apa maksud cinta tu??? Apa maksud sayang tuu…??? Setiap perhubungan pasti ada pergolakkan… Sama ada menjadikan perhubungan itu positif atau menjadi lebih negatiff…..

 Aku memang tak pandai bercinta.. Tak pernah tahu pun apa maksud sayang tuu
(walaupun aku uda ada gf...hihi)

sebab pada aku, cinta mungkin wujud selepas bernikah nanti…kapel skg bukannya konfem kawin kan..cukuplah sekadar slaing menyayangi je erk buat masa ni..bunyi mcm kejam je kan..haha

 Cinta di waktu muda adalah merugikan dan mensia-sia kan… Mungkin tangapan ku ini hanya betul pada pandangan aku sahaja, tetapi tidak pada orang lain….

 Umur aku sekarang 21 tahunnn… Masih tidak pernah bercinta sebetul-betulnya cinta.. Kerana pada aku “Muda Hanya Sekali”… Aku banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan (mostly gurl hehe)… “ Enjoy sana, Enjoy sini”… Hidup macam ni memang seronok… Aku boleh pilih kawan mana yang aku suka…. 


“KAWIN???”

Masih terlalu awal untuk aku menempah nama sebagai seorang suami… tunggulah dulu erk 5 tau 6 tahun lagi baru fikir soal kawin ni...dah ada umah,kete and kewangan yg kukuh barulah aku nak fikir pasal kawin2 ni..haha

papa and mama aku pon x terbalas lagi jasa mereka dah gatal-gatal nak fikir soal kawin..puiiiih!!! g jahanam lah kawin 2 kalau x mampu lg..haha

Wednesday, 21 March 2012

Just few hours lagi...

fuh.....neves-neves and neves rasanya skg ni...just few hours lg (mcm dlm tajuk post ptg ni) test calculus yg menyumbangkan 20% markah course work amat merunsingkan aku..haha mana tak nya..dah kali kedua ni ambik calclulus...malas nak repeat balik subjek ni...menyesal 2 tahun yg lalu x stdy calculus ni betol-betol..haha tapi nak buat mcm mnakan..nasi telah menjadi nasi goreng( untuk yg ambik bidang masakan 2 maybe fahamlah erk maksud peribahasa ni) haha..anyway test kali ni rasa senang sikit ar dari test 2 tahun lepas..haha tapi still rasa nerves,nerves and nerves dlm diri 2  bermain-main dlm diri yg kerdil ni...

emm...rasanya korg mesti dapat menilai betapa serabutnya kepala aq lepas tengok pic ni..haha

xnampak tulisan erk??haha sebab guna pensel mmglah xnampak..

OMG!!! dah 5.30pm..haha xperasan taip menaip ayat sejengkal ni pun nak ambik time bersetengah jam nya ya aduinya pun..haha(terslank tutur kata johan raya lawak)...

oklah everyone( bajet mcm bnyk org baca je kan??) nak sambung buat revison dulu..insyaallah malam ni oppa came back semula untuk berblog..hehe duuuuuudaaaaaaa~~~~ bye..hehe wish me luck k..haha mcm lucky draw pulak...

Tuesday, 20 March 2012

Oppa ayie come back from escaping blogging...

haha....tajuk blog 2 xtaulah betul ka tau x....maklumlah english terlalu power terutamanya part grammar 2...hehe mesti ada yg tertanya-tanya mana perginya oppa ayie ni erk??~MAYBe~~ haha just sekadar maybe..lama sgt erk oppaayie x update blog yg x seberapa ni..tetiba pulak rasa nak update blog pula hari ni..sebenarnya esok malam oppaayie ada test calculus..subjek yg betul2 killer bg oppa..ni kali kedua dah ambik ni..kalau x lepas g....oppayie xnak lah teruskan bidang engineering ni..
                     haha sebenarnya oppaayie nak share kenangan manis pada jumaat lepas...oppaayie g sunway...hehe best..perjalanan 24jam yg sgt berbaloi!! tapi xle lah cerita skg...oppaayie kena stdy ni...nanti x dpt jawab calculus lak esok..haha next time oppaayie cerita erk perjalanan g sunway 2..tunggu tau...hahaaha (bajet mcm ada org baca blong ni je..)....begitulah saja coretan ringkas dari oppaayie buat masa ni...see u all next post k...zooooooommmmmmzz!!