Sunday, 8 May 2011

Ibu...oH iBu..engkaulah Ratu HatiKu..

10 Mei, setiap tahun merupakan Hari Ibu Sedunia. Sehingga kini masihkan anda terus memeluk ibu anda dan menyatakan anda menyayanginya? Seadainya belum, lakukanlah dan perbuatan itu pasti akan memberikan cahaya dihatinya. Ibu, mama, bonda, mak atau apa-apa panggilan namaya, hatinya sentiasa dipenuhi kasih sayang yang mengalir tanpa putus pada anda semua. Selamat Hari Ibu.

Dedicate lagu Ibu, nyayian Allahyarham Tan.Sri P.Ramlee, kepada mak sy, Jubitah Binti Tinggoon dan juga kepada ibu-ibu di dunia:-


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu...

APA PANDANGAN KORG???


klik untuk elakkan rabun seperti superman...


assallamualaikum semua.... dan salam sejahtera....

sekarang korang tengok pic kat atas tuh bebaik! hehe... apa pendapat korang?

meh aq nak bagi pendapat aq..
. pendapat aq tentang pic nih ke arah pandangan positif...

tidak kira setara mana pun kita,
superhero ke, ape ke...
tetap yang Satu itu maha kuat...
berkuasa ke atas sekalian makhluk..
jadi jangan sombong...
jangan jadi samseng...
jangan suka melawan...
tidak kira pandainya kita hidup
cilok sana...
cilok sini....
tergelek sana...
tergolek sini...
kita tetap dibawah jagaan yang Satu...

dari sudut negatif lak? ade ke? yup... ade...

gambar ini juga boleh diintepretkan dengan menghina Islam... dengan apa? cuba usha pakaian2 superhero2 tuh... kan ketat mengetat? dari sudut nih, kita boleh lihat yang mana penutupan aurat yang tidak sempurna ketika bersolat...

kalau korang lihat dengan teliti gambar imam tuh... mata dia tidak kebawah.. tapi kehadapan... bermaksud imam sendiri tidak khusyuk... haa.. betul x? tapi makmum lak khusyuk (ntah lawak ke ape ke... tapi ini apa yang aq nampak..)

lagi... pasal negatif lagi.. hulk... korang kan tau... kalau hulk dah jadi hijau.. koyak rabak baju dia... seluar pun tinggal paras paha je... so? dah terbukak lagi aurat disitu...

amacam? kalau korang lak? pandangan korang? cenderung kemana? ke sebelah positif atau negatif?





kredit: ada orang tag aq kat facebook... aq jadi sand man!!! ade ke patut? erk? comment2 dorang lebih kurang sama dengan diatas... erk? aq tetambah sikit je...uh lala...


~oppaayie.blogspot.com~

Saturday, 7 May 2011

tidur lewat dan keburukannya

before melelapkan mate malam ni, tiba-tiba ada lak idea nak menaip entri pasal keburukan tidur lewat. mesti ramai yang dah biasa kan? ni memang suatu kebiasaan bagi umat manusia terutama pelajar. golongan ni selalu stay up sampai lewat pagi. kononnya nak study la, nak siapkan assignment la. tujuan utame tu dah bagus. tapi pernah tak terfikir akan keburukan yang bakal badan kita hadapi dan alami dengan tabi'i kita ni?


menurut kajian, badan kita akan memproses nyah-toxin dalam badan semasa kita tidur. berikut merupakan kronologi proses yang dialami oleh organ dalaman badan kita di malam hari:


Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
jadi, tak elok kalau kita tidur terlalu lewat kerana akan merencatkan proses semulajadi yang akan dilakukan oleh tubuh badan kita. tidur yang ideal bagi seorang manusia ialah 8 jam. maybe tu timing yang baik utk badan melakukan proses dengan sempurna. tapi bila berlebihan, akan efek kepada kesihatan. jadi, beringat la ye geng.

p/s: sekarang da melewati kol 4 a.m, time to sleep. nyte!! ~dush~
sumber artikel dari *SDKD*

Friday, 6 May 2011

TANAH AIRKU

semalam,minggu lepas,bulan lepas,taon lepas,
esok,lusa,tulat,

aku baca surat khabar.

''bayi dijumpai di dlm tong sampah''
''mayat bayi dalam beg''
''bayi dijumpai dalam jamban mak limah''

isy,dasyat..pelik.macam mana plak
tong sampah,jamban bole menghasilkan bayi?

selak lagi,,

''mayat dikerat 18 ditemui dalam semak''
''bapa bunuh anak''
''wanita dibunuh sebab tak nak kawen''

wah!kenapa ramai sgt main game
bunuh-bunuh ni?makin ramai yg register game ni.
tak bole jadi ni,,

selak lagi,,


''....artis z cerai....''
''...artis m berbikini.......''
''....video seks anwar ibrahim...''

wah!hott,hott,,

selak lagi dan lagi,,











wondergirls dtg malaysia?
ye ke?
eh?eh?


tapi,,bila aku renung balik,
fikir semasak-masaknyer,,aku teringat yang
aku berada di Malaysia.

Patutlah.
mana ada negara lain yang ada kemajuan macam
malaysia.
Semoga tanah tempat tumpah darahku ini
makin maju.
oh Malaysia!

Jejaka idaman malaya..haha






semua wanita ada citarasa nak memiliki jejaka idaman yang tersendiri....
tak tahu lah sama ada impian itu tercapai atau tidak

katakan tidak pada rokok...katakan lah.....!!!!!!

iklan ini memang sesuai utk diketengahkan dalam tajuk ini
kerana

ciri jejaka idaman wanita

1. tak merokok


jom kita cuci mata tengok ciri-ciri personaliti yang wanita idam-idamkan

contoh pertama

ciri yang wanita minati : tinggi daripada mereka

contoh kedua

ciri yang wanita minati : baby face

contoh ketiga
 selalu smart


contoh keempat
badan tough


contoh kelima

senyuman yang manis


~Mereka lah jejaka idaman malaya~





_ _ _ _ oppa ayie pon nie mcm mna?? haha _ _ _ _ _

YaNg sEbeNaRnYA...




IT's mE...aYiE....



NAMA SEBENAR: 
JUBREY BIN MUSREY @ KYEN AH YEE..

TEMPAT LAHIR: 
Kudat, Sabah.


TARIKH LAHIR: 
1 Januari 1991


TINGGI: 
165CM


BERAT: 
52KG


ZODIAK:
Capricorn


PROFESION:
  Bakal Jurutera~Insyaallah..


STATUS: 
  Bujang~single lah..


PENDIDIKAN: 
 1.Tadika hwa lian inanam, Sabah


2.Sk Kitobu Inanam, Sabah


3.Sk Pekan Kudat. Sabah


4.Sk Tun Datu Hj Mustapha Kudat Sabah


5.Smk Pekan 2, Kudat Sabah


6.Smk Kudat 2, Kudat , Sabah


7.Labuan Matriculation college~foundation in Pyshical science.


8.University Engineering Malaysia pahang (Now..)


~~Degree In Civil Engineering Earth And Resources




PENCAPAIAN: ???????


HOBI: 
  Menyanyi~tapi suara terlalu sedap....lalalalala


ADIK BERADIK:
 4 ORANG ANAK SULUNG


CITA-CITA: 
 Engineer (contractor)


AZAM HUJUNG TAHUN :
  Kawin..hahaha~gurau2...


WARNA KEGEMARAN
  Merah, Putih, Hijau and Purple


MAKANAN KEGEMARAN:
  Nasi Koboi pun ok jugak..


MINUMAN KEGEMARAN:
 Carrot Juice..tambah susu k..hihi


CIRI2 GADIS IDAMAN:
 sweet and innocent
~MCM DELIA KINCUI~


SIKAP YG TIDAK DISUKAI: 
sombong,mengade-ngade


TEMPAT YG DIGEMARI:
  rumah sendiri


TEMPAT YG INGIN DIKUNJUNGI:
  korea n japan


MUZIK YG DIGEMARI: 
hip hop,pop N.. balada


TENTANG SAYA:
  seorang yang minat pada sport car dan wanita cantik..tpi klu nak cari isteri nak yg besa-besa je..haha

Thursday, 5 May 2011

BuDaK-bUdAk sKg sUka Main MoTor..hehe



Wah, semakin lama saya tengok semakin ramai remaja – remaja sekarang menaiki motosikal dijalanraya. Yang tak tahannya, mereka tu masih berada di bangku sekolah dan hari – hari ke sekolah menaiki motorsikal. ~mcm oppa juga..
Okey, malam ini oppa rasa macam nak kongsi senarai motor motor idaman remaja sekarang :
Pergh, sejak model Yamaha ni keluar pasaran Malaysia tak silap saya tahun 2006, model ini menjadi model yang paling popular dan laris sekali. Yelakan, pada keluaran pertama LC 135 boleh lari laju gila sebab masa tu model ni tak ada cut off lagi. Sejak permintaan motor ini makin tinggi dan banyak juga eksiden kat jalan raya Malaysia, naa terus jadi biasa – biasa je. Tapi kalau nak dibandingkan motor ni dengan motor keluaran Yamaha yang lain, saya rasa model ni la yang paling jimat, cantik dan juga amat – amat berbaloi kalau nak beli. Terdapat dua jenis iaitu satu yang ada clutch dan satu lagi model biasa. Harganya tak silap dalam lingkungan RM6500.
Dekat area ump ni dah ramai orang pakai model ni. Dia tak guna minyak bnyk dan laju. Saya minat juga model ni. Haritu kalau modal banyak dah lama beli motor . tapi, motor ni besar susah nak mencilok celah. Hehe
Tanyalah mana – mana budak Melayu, suka RXZ ke tak dan jawapanya pasti mereka suka. Orang kata model ni tak akan lapuk dek zaman. Dah sinonim dengan masyarakat Melayu kiranya dah jadi model lagenda. Apa – apapun, tak silap saya setiap tahun pasti akan ada penambahbaikan pada model ni dan saya selalu nampak motor RXZ baru diatas jalan. Itu membuktikan bahawasanya model ini tak lapuk dek zaman. kan kan? Kalau budak – budak muda beli RXZ ke, mesti kawan – kawan  kata pemiliknya ‘kaya’ kerana dapat ‘bela’ motor yang kuat makan minyak  Hehe
Yamaha masih lagi mendominasi, jangan lupa 125z yang amat menarik hati ini. Juga boleh dikategorikan sebagai motor bajet tinggi ni, sebab dia memang laju dan kuat makan minyak. Apa – apapun, kalau orang dah gila motor dan bawa laju memang tak boleh nak kata apa. Bila seseorang dah berkenan pada sesebuah motor, kot mana pun pasti dia akan pilih dan beli.
Kat tempat lain tak tahu la nak cakap tapi area sabah  semua budak – budak muda amat gilakan motor ni. . Saya tak pasti, dengar kata kat KL sana nun tak layan pun Kawasaki Ninja RR nih. Mungkin, kelajuan dan design dia cantik kot ramai sangat budak – budak ni ngidam nak beli. Motor ni motor high maintenance ah. Kalau apa – apa yang rosak mesti banyak keluar duit dan harga motor ni pun mahal dowh! Erk, baik beli kereta.Rasanya harganya dalam RM8000.
Motor yang paling murah dan popular. Ntah – ntah bapak ko guna motor ni apa masa ngorat mak ko dulu – dulu? Hehehe walaupun dikategorikan motor murah, tapi motor ni paling – paling sedap bila ditunggang kerana ia ringan. Jangan pandang ringan la motor ni, kalau dapat kat budak yang kreatif, daripada gambar standard diatas tu boleh jadi smart gila. Serius ah. Harga lebih kurang RM3900. Motor paling panas dan paling cepat hilang. Hehe biasalah, permintaan part dia tinggi kot.
Skuter yang paling hensem di Malaysia. Dengar kata kalau siapa guna skuter ni semua hensem – hensem dan cantik cantik belaka? ye tak? haha Okeylah itu je yang oppa ayie nak kongsikan disini. Hehe
bila lah dapat motor nie???huhuhu

it's me ngan motor pinjam...nak sebijik..spe nak bg??haha..

best giler klu dapat sebijik motor nie..hehe

time nak g wat survey sempat g bergambar ngan motor org..haha


pompuan nie bkn gf aq k..i m single..hehe nie fifie classmate aq..


rasanya ada bakat x jadi mat rempit??haha

aku copy paste dari article lucu nie..hihi

Kambing Hitam & Kambing Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)



haha bodoh siot!!

Wednesday, 4 May 2011

ketika bergayut

bergayut???
atau mengatai dalam tel hehehe
sekarang orang dah gemar bergayut.. xkira la couple ke.. orang dah kawin ke.. semua bergayut.. masa kecik2 dulu bergayut kot pokok je.. tp skrang ngan handfon pun boleh bergayut
dah lama bebenar aku tak bergayut.. hehehe what ever larh..

Situasi-situasi yang berlaku ketika bergayut ngan bf/gf korang :

1. Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang henset korang..Sama ada tunggu panggilan atau korang yang akan call! Ada yang akan SMS tanya "Bz ke tak? Nak call nih" .....

2. Bila bergayut kadang2 tak kira tempat...Banyak port yang korang conquer.. Ada yang kat koridor..Ada yang depan pintu... Atas katil... Di meja study... Macam2... Masa ni dah tak kesah dah pukul 2 3 pagi pun sanggup gayut kat luar bilik asrama korang semata-mata dapat cakap ngan yang tersayang.... Kekasih punya hal, hantu2 dah tak takut dah!.. ada yang sampai tak tidur bila boleh bonus hari jadi.. hantu pun dah tersengeh ada member yang teman dia jaga malam.. hahaha

3. Bila gayut punya gayut sampai mengantuk tapi si kekasih nak cakap lagi... Cakap2 sampai terlena.. Besok pagi pakwe/makwe call kata " Semalam dah tido eh? I panggil tak sahut2".. Dah mengantuk tapi taknak gtau sebab xmau kecewakan dia...apa daaaa~~

4. Tengah  syok cakap telefon, tiba2 "tuuutt" call putus... Mula2 try call balik tak dapat.. Then check balance topup dah habis..Yang sang kekasih pun takde kredit.... Haa tyme ni la sibuk buat SOS topup la..Credit Advance la...Pi bilik kawan yang jual topup laaa...macam2...siap suruh ayah,mak, kakak dan abang pi topupkan..ish3!

5. Bila syok dok gayut atas katil tiba2 roomate nak tido dah..."Alamak,takkan nak gayut depan dia! Nak gayut di luar takut...Kalau gayut depan dia,nanti dia dengar aku bermanja-manja ngan kekasih aku lak" Bila dalam dilemma camni last choice ambik bantal cover!

6. Masa awal-awal call cakap la benda harian yang dibuat...Makan apa...Jumpa sapa...Aktiviti menarik yang dibuat...Then masuk part 2 plak dalam perbualan iaitu part gaduh-gaduh manja lak... Then masuk part ke 3...part pujuk memujuk pulak...Last2 BAIK balik...Banyak part sungguh laaa...yang xtahan tuh bab sex pun masuk jugak... hebat giler korang...

7. Kadang-kadang bila dah tak tahu nak cakap apa, pasang loudspeaker dan bagi roomate2 dengar sekali...Tyme ni semua pakat kerumun nak tanya soalan kat kekasih korang.. Nak menyibuk laa..nak mengusik laa... Nak buat Edisi Siasat laa... Yang roomate/kawan2 korang ketawa terbahak2 dengar kekasih kita bagi jawapan....

8. Ada kes di mana tengah dok gayut then gaduh besar... Tyme ni (kalau perempuan memang menangis laaa) dan akan terus matikan telefon.. Haa mulalah pakwe ni call atau mesej si roomate korang supaya tolong bagi dia cakap ngan korang.... Tak pasal2 jadi orang tengah pulak....

9. Bila akhir perbualan mestilah nak sebut " I LOVE YOU" atau " MISS YOU" tapi kita xsebut kuat-kuat...Malu kena ejek ngan roomate kalau dengar.....Oya, last sekali mesti ada "Mmmuuuaaahhh mmmuuaahhh" tu pun bagi kiss sesenyap mungkin... Malu punya pasal...tapi tetap nak bagi...

10. Haaa...ini memang satu situasi yang mana2 couple pun akan alami... "Awak letaklah dulu..." "Tak Nak... Nak awak letak dulu..." "Ala..semalam saya dah letak.. Hari ni awak pulak letak!" "Ala...jom kita letak sama2 k?Awak kira la sampai 3" "OK....1...2....3..." Hmmm...sampai ke sudah tak letak2....

p/s : betul tak??? kalau tak betul cakap ehh

Tuesday, 3 May 2011

Perbezaan antara suka,cinta dan sayang





Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau

ingin sekali membuatnya bahagia dan

bukan untuk dirimu sendiri.


Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan

melakukan apapun untuk kebahagiaannya

walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.


Saat kau mencintai seseorang dan

berada disisinya maka kau akan

menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kau akan

berkata "Sudahlah, jgn menangis."


SAYANG adalah saat ia menangis dan kau

akan menangis bersamanya.


CINTA adalah saat ia menangis dan kau

akan membiarkannya menangis dibahumu

sambil berkata, "Mari kita selesaikan

masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kau melihatnya kau

akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan

dan menawan."


SAYANG adalah saat kau melihatnya kau

akan melihatnya dari hatimu dan bukan

matamu.


CINTA adalah saat kau melihatnya kau

akan berkata,"Buatku dia adalah

anugerah terindah yang pernah Tuhan

berikan padaku.."


Pada saat orang yang kau SUKA

menyakitimu,maka kau akan marah dan

tak mau lagi bicara padanya.


Pada saat orang yang kau SAYANG

menyakitimu,engkau akan menangis

untuknya.


Pada saat orang yang kau CINTAI

menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa

dia hanya tak tau apa yang dia

lakukan."


Pada saat kau suka padanya, kau akan

MEMAKSANYA untuk menyukaimu.


Pada saat kau sayang padanya, kau akan

MEMBIARKANNYA MEMILIH.


Pada saat kau cinta padanya, kau akan

selalu MENANTINYA dengan setia dan

tulus...


SUKA adalah kau akan menemaninya bila

itu menguntungkan.


SAYANG adalah kau akan menemaninya di

saat dia memerlukan.


CINTA adalah kau akan menemaninya tak

perduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.


SAYANG adalah hal memberi dan menerima.


CINTA adalah hal yang memberi dengan rela

_________________